Sunday, November 7, 2010

Anak Siapakah Itu??

Assalaamualaikum,
Sekian lama saya tidak menjenguk blog saya sendiri sehinggalah diminta 'urlnya' oleh seseorang, agak keberatan juga kerana tiada apa yang istimewanya dari segi pengisiannya. Terkial-kial dan tercari-cari juga dan akhirnya dapat jumpa dan boleh "sign in".
Al-kisahnya, kelmarin 6 November, anak perempuan dok merengek nak pergi Stadium Batu Kawan, nak tengok Jom Heboh, nak jalan-jalan, PMR dah lepas katanya.
"Papa handsome lah malam ni", dan entah apa-apa pujian lagi diberi pada si ayah ni. Si ayah ni dah memang masak dah dengan anak-anaknya. Kalau malamnya penuh dengan pujian, esok tu adalah agendanya......
Memang tugas mereka di hari minggu pun begitu, tetapi pada hari itu, pagi-pagi lagi mereka punyalah bagus networking, pakat kemas rumah, bersih pinggan mangkuk, lipat kain-kain, tersusun rapi dalam almari kami sekali.
Fikir-fikir kesian juga, tak pernah bawa pun mereka ke tempat begitu selama ini.
"Papa dan Mama tak pernah bawa kami tengok Jom Heboh ke, Suarasa ke, tah apa-apa lagi", rungut anak-anak kami.
"Tempat-tempat begitu bukannya bagus, lebih-lebih lagi anak dara", balas saya, yang sememangnya rimas dengan keriuhan dan 'jamn'.
"Bukannya nak pergi tengok konsert, lagi pun kami bukannya nak pergi sendiri, dengan Papa dan Mama, di sana ada macam-macam gerai, Papa alasan sahaja, kami tahu...", balas anak-anak sememangnya tahu itulah alasan yang selalu diberikan kami.
"Ok, selepas solat Zohor kita pergi", fikir-fikir kesian juga nak menghampakan hasrat mereka.
Sesampai di sana, dalam perjalanan ke gerai-gerai, kami melintasi sebuah pentas dengan muzik yang rancak sekali dan diringi dengan gelak ketawa DJ dan para penonton bersorak-sorak. Kami saling berpandangan sesama sendiri apabila terpandang di atas pentas ada sekumpulan remaja perempuan, semua bertudung, cuma berfesyen agak-agak ketat menunggu giliran melakukan aksi pertandingan gelek. Berani sungguh mereka naik ke pentas, berseronok-seronok tanpa segan dan silu melakukan aksi 'gelek gerudi' dengan diringi hilai ketawa dan diselangi sorakan penonton.
Sampai di rumah pun masih lagi tertanya-tanya soalan di dalam hati, "Anak siapakah itu?".
Moral dari kisah tadi ialah, ................

3 comments:

Nad said...

kemajuan teknologi menjadikan manusia alpa pada perkara2 yang merupakan elemen asas dalam diri.sifat malu yg diterapkan dlm budaya hilang entah ke mana.siapakah yg harus dipersalahkan jika fenomena ini dibiarkan berterusan? Apakah perubahan ini perlu wujud seiring dengan perubahan dan kemajuan yg bergerak pada masa kini???

Ummi said...

Dunia semakin berteknologi,manusia semakin hilang pedoman diri.

nikmat said...

Apa yang perlu di wujudkan ialah kesedaran ibubapa mengetahui di mana anak-anak berada dan dengan siapa. Limpahan kasih sayang serta iman dibina di rumah dengan berjemaah bersama.