Wednesday, June 22, 2011

Tak Tahulah.. Betul Ke Tidak.............

orang-orang ni tidak pernah telus dengan kita pasal pendapatan mereka, itu belum kira daripada pendapatan syarikat proksi mereka, artikel ini aku ambil dari blog http://www.mohamadazhan.com/ fikir-fikirlah sendiri
Chegu Bard: Gaji Menteri Bernilai RM55,650.00 | 11x Ganda Rakyat Bergaji RM5 Ribu
Ini apa yang Menteri dapat ? betul ke ? renungkan lah .....


1. Bercuti keluar negara sekali setahun terutama selepas persidangan Dewan Negara - semua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan termasuk tiket penerbangan, hotel, duit poket sebanyak RM50,000.00. Kalau tidak bercuti keluar negara seorang menteri boleh menuntut sebanyak RM50,000.00 tanpa resit.(duit kita lah tu..)


2. Bil letrik percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia(duit kita lah tu..)

3. Bil Air percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia(duit kita lah tu..)


4. Bil telefon percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia(duit kita lah tu..)


5. Peruntukan perkakasan dapor/perhiasan rumah dll boleh dituntut setahun sekali sebanyak RM40,000.00(duit kita lah tu..)


6. Sebuah kereta Mercedes S320, di lengkapi dgn telefon bimbit,satu pemandu,minyak percuma(so tak kisahlah minyak naik berapa pun..).Kalau guna khidmat pemandu kementerian, dapatlah duit percuma.(perdana sebagai kereta rasmi semata-mata)(duit kita lah tu..)


7. Semua pemberian derma seperti kepada perkahwinan, kematian,atau pemberian kepada badan kebajikan kebajikan boleh dituntut.(duit kita lah tu..)


8. Boleh mengadakan rumah terbuka setiap hari raya, segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan. Kebiasaan Menteri menuntut sebanyak RM400,000.00(duit kita lah tu..)


9. Setiap menteri biasanya tuntutan mereka sebanyak RM45,000.00 semua elaun perbelanjaan tidak termasuk elaun-elaun dalam slip pendapatan bulanan.(duit kita lah tu..)

cheguBard: sumber

Azhan: Rakyat biasa yang bergaji 5ribu sudah dikira melepasi taraf sederhana tetapi mereka masih jauh ketinggalan dengan gaji para menteri yang 11x ganda daripada nilai tersebut. Jadi apakah wajar kerajaan menarik subsidi daripada rakyat, umpama menyeluk saku penduduk kampung demi menampung masalah defisit ekonomi negara sekarang?

Modify Ayat Iklan Dalam TV:
Jangan marah... aku kan menteri.....

Saturday, April 23, 2011

Pena menari?

Namanya pena menari, tapi rasanya sekian lama pena ini tidak menari.
Begitulah kita ni, bukan boleh buat semuanya serentak.
Tuntutan lain yang lebih mendesak nampaknya
Jadi terpaksalah dilayan dahulu
Biarlah kaki yang menari, melayan diri ke sana ke mari
Biarlah tangan yang melakukan tarian, melayan kerja yang tak pernah habis
Beginikah namanya 'guru'?
Begitukah namanya 'kepala keluarga'?
Ingin pilih satu sahaja,
Harap hajat tercapai
Oops nak kena pergi menari sekejap.......
He he he.....

So...
So You Think You Can Dance?

Friday, March 4, 2011

Lori buruk, kereta baharu........Labu dan Labi

Pagi kelmarin, semasa dalam perjalanan dari rumah ke PPD Padang Terap di Kuala Nerang, memang agak nak lekaslah juga, jauh tu… dah lah agak sedikit lewat sebab kelmarin turun rumah pukul 6.30 pagi pun dah sampai sana pukul 8.40 pagi apatah lagi hari ini turun pukul 6.40 pagi. Semasa sampai di satu lampu isyarat (masa itu lampu sedang merah) aku pun macam selalulah pilih lorong yang mana (sebab dua lorong). Kebetulan satu lorong tu ada sebuah lori buruk di depan dan satu lorong lagi sebuah kereta baharu. Mestilah ku pilih berada di belakang kereta baharu sebab ku kira aku boleh sampai ke lampu isyarat di hadapan (lebih kurang 1km jaraknya) lebih awal. Tetapi rupa-rupanya pilihan ku tidak tepat, kereta yang ku ekori tu memang lembab, apa tidaknya, lampu hijau sahaja, pemandunya barulah nak masuk gear, dah lah gitu, bawa selamba sahaja tanpa menghiraukan kenderaan-kenderaan lain di belakang (hak dia tetapi janganlah dalam pekan, carilah jalan lain seperti di lebuhraya ke, ha.. dok lorong kiri ambik lah masa sendiri..).

Yang dikatakan lori buruk tu lain pula, hijau sahaja lampu tu terus jalan dan kenderaan lain elok sahaja ikut dibelakangnya, bengkak saja hati tengok kenderaan-kenderaan belakang lori buruk yang di sebelah kiri aku tu dok potong aku.

‘Moral of the story’nya… lorong yang mana adalah pilihan sendiri, berjaya atau tidak bergantung kepada ‘orang’ yang memandunya walaupun buruk..

Dalam perjalananku itu pula ku pasang radio yang mem’boring’kan sekali mendengarnya, asyik-asyik dok dengar berita yang dok cerita tentang pilihanraya-pilihanraya kecil yang akan berjalan tak berapa lama lagi. Kempen dan kempen, yang mana itu bukan dinamakan berita, tiada nilai berita langsung bagi ku kerana asyik menceritakan kebaikan satu pihak sahaja dan keburukan pihak yang satu lagi, dalam TV pun gitu, dalam akhbar pun gitu (Apatu kita kata minda kedana? Aku tak mahu kata lah)

Bagi aku kalau pilihanraya kecil, tak payahlah dok kempen-kempen, membazirkan masa dan duit sahaja. Duit aku tak mahu ceritalah, tapi masa. Apa tidaknya, semua dok bazir masa, pergi dengar ceramah sana ceramah sini, ada lagi tu dok ikut belakang Pak Menteri, Pak Menteri. Tinggal dengan kerja yang gajinya dibayar oleh majikan masing-masing pula tu. Pak pak Menteri ni pun gitu juga ke sana kemari dok pi kempen yang memang mungkin juga tinggal pejabatnya. Itu yang jadi janji-janjinya menjadi terabai. Dalam kempen ni pula mesti ada juga sedikit sebanyak tokok tambah dan bohongnya, sedikit sebanyak menyentuh peribadi calon masing-masing, dan kadang-kadang kecoh pula kerana katanya pihak lawan memfitnahnya dan berbagai-bagai lagilah..

Senang cerita, dekat pilihanraya, cari satu hari, bawa calon-calon pergi stadium, bawa penyokong masing-masing, bagi mikrofon sorang satu, ha… bagi mereka cakap sampai puas. Penyokong sorak puas-puas.

Yang penting kita lihat apa yang berlaku sekeliling kita, itu yang menunjukkan siapa ‘orang’ itu. Tak mahu lah aku bercakap macam orang politik, atau ahli ekonomi tetapi sekadar orang biasa. Beberapa minggu yang lepas, dekat Tahun Baru Cina, aku adalah pi singgah di satu supermarket di Penang. Seronok tengok barang-barang yang dijual, murah-murah betul dan tiada pun bunyi harga barang keperluan yang naik. Teringat aku sebelum Hari Raya Puasa yang lalu, semua barang naik, mengapa ya…. Sampai minyak petrol pun pandai naik, kalau ya pun takkan tak boleh tunggu sebulan saja lagi nak umum minyak naik, lepas Hari Raya, supaya semua rakyat dapat ‘rasa’ sikit sorang bukan hanya orang Islam sahaja, kecik hati betul. Bukan setakat tahun lepas sahaja, fenomena begini berlaku setiap kali dekat Hari Raya, nampak macam lekeh je orang yang sepatutnya jaga kebajikan rakyat, kereta baharu 'driver' lembab. Elaun-elaun kakitangan kena potong, tuntutan perjalanan kena tukar jadi naik teksi ‘satu tempat duduk’ walaupun teksi tak pernah kenal tempat tersebut. Kena buat tuntutan palsu, kena tipu sebab kerajaan suruh buat gitu, walaupun pergi dengan kereta sendiri dan bayar tol sendiri. Guru-guru yang pergi melanjutkan pelajaran menjadi lebih rugi contohnya kenaikan pangkat dari DG29DG32DG41DG44, sengaja dan terang-terang dirugikan serta kecoh tak selesai, sengaja tutup mata sebab nak jimat kewangan. Dan banyak lagi kepincangan dan janji-janji yang terabai.

Dulu-dulu aku adalah juga pergi memancing. Ada satu jenis ikan, orang panggil ikan belukur ubi, kalau dia makan umpan siap, tak adalah peluang nak dapat ikan lain. Apa tidaknya apabila dia makan umpan dia duok diam sahaja, sejam pun sejam lah dia tak sentap tali. Tahu-tahu angkat pancing dia ada.

Siakap, senohong, gelama, belukur ubi,
Cakap bohong, lama-lama jadi YB.

Ada satu jenis ikan lagi, ada duri, kalau tidak berhati-hati luka tangan kena duri berbisa.

Siakap, senohong, gelama, ikan duri,
Cakap bohong, lama-lama jadi menteri.

Lepas itu,

Siakap, senohong, gelama, ikan duri, ikan tenggiri
Cakap bohong, lama-lama menteri tipu Perdana Menteri.

Sorrylah YB dan Menteri, bukan semua, tetapi ada yang berlaku.

Aku memang jenis tak suka pi dengar ceramah politik, macam dok kata tadi, kejadian yang berlaku disekeliling kita menceritakan segalanya, macam lori buruk kereta baharu, tak semestinya apa yang kita lihat dan dengar itu betul,jadi tak payah kempen.
Teringat aku pada cerita Labu dan Labi tu, mereka dok gila kat anak dara Haji Bakhil tu. Jadi mereka dok kempenlah diri sendiri dan dalam dok kempen tu mereka menyanyikan satu lagu, lebih kurang begini bunyinya..

Labu: Kalau lah aku.. jadi teman mu, masak memasak.. serah padaku…
Labi: Kalau lah aku.. jadi teman mu, kain baju aku cuci….
Anak Dara Hj Bakhil: Hai tukang masak, aku tak sudi, hai tukang cuci sakitkan hati, memilih teman biar perpadan, asalkan kita senang di hati.

Muda-muda dulu kalau aku ikut pasukan bolasepak pergi lawan di negeri lain, ratusan kilometer kita pergi, tetapi kalau pasukan yang kita sokong itu main kotor, aku lah orang yang mula-mula sekali pulang tanpa perlawanan tamat. Sokongan kita bertukar menjadi benci kalau pasukan kita main kotor. Aku kira orang lain pun begitu, benci main kotor.

Kalau lah aku ni anak dara Hj Bakhil, ramai pula calon suami dok kempen. Buat apa pilih yang kaya kalau dah kahwin dia kedekut, buat apa pilih yang pandai masak kalau dah kahwin kita juga yang kena masak(bukan aku tak mahu masak, dah pandai masak, pakat-pakat masaklah), buat apa pilih yang alim, hafal hadis dan Quran tetapi kerja malas. Aku pernah pergi bertandang ke rumah seorang ‘pendakwah’, tetapi rumahnya, masya Allah kotor, dalam rumahnya kotor dan di luar rumah penuh dengan sampah sarap yang di buang begitu sahaja, berlendir dan geli melihatnya. Itulah kali terakhir aku pergi ke rumahnya sebab kelakuannya menyebabkan dia hilang wibawa di mata ku, jadi tak payah kempen.

Akhir sekali kepada calon-calon yang bertanding di kedua-dua DUN tu, selamat berjaya dan apabila berjaya jadilah ‘orang Yang Berkhidmat (YB)’.

Aku pula….
dah pilih dah………, bukan anak Hj Bakhil.

Wednesday, February 16, 2011

remaja, suami dan isteri

Salam Maulidul Rasul, selawat dan salam keatas junjungan besar kita Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam.

Orang kata masa jadi penghalang dalam meng"update" blog, no komen lah. Bagi aku ada juga benarnya tetapi kadang-kadang bergantung kepada "mood" juga, yang mana bila buka blog sahabat-sahabat ada yang baru "update" dan membaca celoteh dan mindanya, "mood" untuk berbicara akan datang balik.

Begitulah juga aku hari ini, tengok blog kawan-kawan, senyum sendirian juga dan datanglah "mood"nya.

Alkisahnya, kelmarin aku sekeluarga keluarlah pergi makan roti canai di kedai mamak, kononnya asal hendak pergi berarak sempena Maulidul Rasul tetapi tak jadi. Sambil dok tunggu pesanan sampai, sempatlah juga belek-belek akhbar-akhbar yang ku beli. Menarik juga beberapa berita dalamnya. Antaranya tentang Hari Kekasih atau apa itu orang kata Valentine's Day, tetapi yang tidak menariknya ialah tentang operasi cegah maksiat yang dilakukan di hotel-hotel murah yang barang tentunya sasarannya adalah orang-orang yang kurang berkemampuan dan remaja-remaja. Maka keluarlah berita "....dan pelajar IPTA perempuan ditangkap di dalam bilik tanpa seurat benang", ".... sedang menyorok dalam almari" dan macam-macam adegan lagi.

Terfikirlah aku, mengapa ini berlaku, remaja yang berpelajaran dan tidak berpelajaran nampaknya tiada bezanya, tengok dalam akhbar tu pun nampak masing-masing bertudung. Yang pastinya tiada asas keimanan dalam diri masing-masing dan jika ada pun mungkin remaja ini keliru dan tidak fokus dengan apa yang dikatakan 'kekasih' itu. Apa tidaknya, mereka meletakkan macam-macam istilah dalam 'hubungan' antara mereka. Yang seorang itu orang yang disayangi, yang seorang lagi orang yang dikasihi, yang satu lagi orang yang dicintai, yang seorang lagi pula orang yang sukai dan macam-macam lagi. Maka jika ikut matematiknya, setiap seorang itu dapatlah lebih kurang 20% sahaja perhatian dah terpaksa dibahagi-bahagikan sikit sorang katakan... Itulah kalau tengok profile dalam facebook "In a relationship but complicated". Begitulah gamaknya.

Yang ini pula berita pasal "Kempunan Suami Beristeri 4". Dilaporkan si suami ini naik berang dan memukul isteri pertamanya kerana kononnya si isteri pertamanya membongkar rahsia suaminya itu kepada bakal isteri ke empat itu menyebabkan projeknya tidak jadi. Mengapa ini harus berlaku ya, mesti ada penipuan, pukul memukul dan kekecohan dalam rumahtangga. Aku tak reti nak komen bab ini, fikir punya fikir pun tak dapat komen. Fasal berapa peratus fokus suami itu pada isteri-isterinya pun aku tak dapat teka. Kita biarkanlah kot laki itu dengan dunianya.....

Kisah yang satu ini yang mungkin agak tenggelam sikit dari berita-berita lain, maksudku moral ceritanya. Kisah si isteri yang sanggup bergadai nyawa semata-mata menyelamatkan suami dari dibaham harimau dan ikut adatnya, kalau bergelut satu lawan satu, juara gusti yang terkenal sekarang ni pun, yang budak-budak dok puja sangat termasuk anak lelaki aku yang sorang tu iaitu 'Undertaker' pun boleh hilang nyawa jadinya. Tetapi kalau nak cerita bab penakut orang perempuan ni, boleh lompat sampai tercangkung atas meja jadinya kalau terlihat anak tikus yang melintas depannya, kalah 'spiderman' dibuatnya, boleh bergayut melekat kat "grill" tingkap jadinya, mengalahkan "cicakman" dibuatnya. Tetapi dek suaminya, penakutnya entah hilang kemana walaupun berhadapan dengan sang pembunuh, iaitu sang raja rimba. Sebab apa ya, fikir ku pula. "Itulah perempuan", teringat kata-kata ibu kesayanganku dengan selamba dan senyum manisnya di satu ketika, "perempuan ni kalu dah kahwin, dia beri hatinya 100% pada suaminya walaupun dia belum pasti berapa peratus suaminya beri padanya, sebab itu dia tahan uji."

Betullah, kalau kita beri 100% pada sesuatu kita tidak akan kalah dengan ujian-ujian bahkan menjadi semangat untuk sentiasa berjaya.

Aku pula......
jadikanlah setiap hari, Hari Kekasih.....

Monday, January 10, 2011

Renung dan fikirkan........

Artikel ini saya paste dari fb sebab rasanya menarik untuk difikir-fikirkan, kemudian saya edit sikit bahasanya supaya ayatnya lebih 'lembut' sikit dari yang asal, itu pun beberapa perkataan sahaja, yang lain masih 'original' dan masih dikira 'copyright'lah.
-----------------------------------------------------------------------------
"ISLAMKAH AKU???
Salam...
Artikel ni aku copy dan paste from blog Otak dan Lutut...Adalah tanggungjawab aku menyebarkannya....
Pernah dengar cerita Aisyah Bukhari yang murtad tak lama dulu? Suratkhabar banyak menutup kes ini kononnya untuk menjaga perkauman, tak nak terjadi kacau bilau. Kes Aisyah yang murtad dan banyak kes murtad lain ditutup sedemikian rupa atas alasan bercinta, ikut boyfriend.
Cerita yang akan saya bawa ini agak panjang tetapi sekiranya kamu seorang Islam yang peka dan sayangkan agama kita Islam, buatlah sesuatu, paling kurang fowardkan email ni kepada saudara kita yang tak tahu menahu.. Ataupun selemah-lemahnya, berdoa agar kita semua serta saudara-saudara kita terselamat daripada fitnah akhir zaman yang paling besar ini.
Ini bukan cerita rekaan saya tetapi hanya petikan dari ceramah yang saya dengar dari mulut peguambela kes ini Zulkifli Nordin di Madrasah Hidayah. Murtad dikalangan orang Melayu kini sudah menjadi ancaman kepada kita. Indeks pencemaran akidah mengikut jabatan statistik dan perangkaan Tahun 1989 aje, 4776 orang Melayu mohon tukar nama dari Melayu kepada bukan Melayu atas alasan keluar dari Islam.
Tahun 1997, bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk Hashim Yahya, perkara pertama yang disentuh adalah murtad. Menurutnya sehingga Julai 1997, 3,000 orang murtad di KL sahaja. Tahun 1998 saja, 516 orang sudah murtad. Aisyah bukan kes pertama murtad, sebelum ini dah beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu.
Setakat kes Aisyah, dah 40 fail murtad dikendalikan oleh saudara kita Zulkifli Nordin. Mengapa kes Aisyah ini kita rasa ralat sangat? Kes ini satu simbol yang tunjukkan pada kita orang Melayu. Sistem pertahanan akidah kita amat rapuh. Akidah kita diserang ditubi dari segala sudut. Yang kita tak nampak dengan menggunakan system perundangan dan kehakiman kita sendiri.
Kes ini boleh dilihat dari 2 sudut.
1.Bagaimana orang macam Aisyah boleh murtad2. Bagaimana orang bukan Islam boleh menggunakan sistem kehakiman kita untuk merampas anak orang Islam untuk dimurtadkan?
Apa yang berlaku kepada Haji Bukhari setelah 25 tahun didik anak dengan pengisian Islam yang hebat. Sedang dia mengimamkan sembahyang terawih di masjid tahun 1997 anak dia sedang dimurtadkan dirumah.
Aisyah adalah gadis Melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu yang sepatutnya. Dalam keadaan macam tu, dia takkan murtad. Dihantar ke sekolah agama, dia belajar hingga tingkatan 6 atas dan boleh melayakkan diri jadi ustazah kalau dia hendak, dan layak melanjutkan ke peringkat Universiti Al Azhar kalau dia hendak . Dia dibesarkan dalam suasana yang bapanya imam. Datuknya juga imam yang dah berpuluh tahun imam Haji Tahir. Dia juga hafal surah Yasin. Dalam ertikata, tahu ayat apa, surah ke berapa yang dibacanya, ayat apa yang jadi azimat, semua dia tahu. Itu hebatnya Aisyah. Surah Sajadah pun dia hafal ... Masuk ITM dia terlibat dalam gerakan Islam. Dia didedahkan dengan gerakan Islam, dia tahu kelemahan-kelemahan Bible.. Dari segi keterampilan, dia budak perempuan Melayu seperti biasa, pakai tudung dengan baju kurung bunga-bunga. Takde apa yang pelik pada dia, duduk di lembah keramat AU5C. Kakak dia pun macam itu juga keterampilannya. Tiap-tiap hari telefon bapanya lapor isu terkini. 2 tahun di KL begitu. Hari terakhir dia telefon 19 Nov 1997,
“Assalamualaikum ayah! Ni Intan (nama manja) cakap. Intan nak bagitahu, Intan dah Kristian.”
Bayangkan hati seorang bapa. Kita sendiri heran macamana dia boleh murtad. Aisyah adalah simbol anak Melayu yang telah dididik dengan begitu rupa boleh murtad. Apa yang Haji Bukhari boleh buat? Airmata sahaja modal dia. Masuk TV menangis, keluar radio menangis, pergi forum menangis apa yang dia boleh buat? Semua dokumen mahkamah akan jadi bahan arkib termasuk permohonan bukan Islam itu minta Aisyah dibebaskan untuk dimurtadkan ..
Butir asal permohonan.. ....
Permohonan ini dibuat oleh Lennet Teoh Hui Leong seorang peguam CinaKristian. (Read Herbes Corpes bawah bab 36 kanun acara jenayah). Tujuan untuk membebaskan seorang yang didakwa ditahan secara salah. Sebarang permohonan seperti ini perlu bagi sebab mengapa didakwa tahan secara salah. Permohonan dibuat bawah bab 36 atas alasan Article 11 Perlembagaan Persekutuan. Iaitu hak kebebasan beragama. Tiada langsung soal kahwin timbul. Permohonan tu menyatakan, perenggan 6, bertarikh 28November 1997 di Makamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur bahagian jenayah.
Sebab yang dia beri, 'Saya Lennet Teoh Hui Leong telah dilantik oleh Nur Aisyah untuk memberi nasihat kepadanya berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada Kristian dan atas arahannya saya telah menyediakan surat sumpah untuk Nur Aisyah menolak dan meninggalkan agama Islam.'
Perenggan 23: 'Saya Lennet Teoh percaya bahawa Nur Aisyah sedang dikurung secara salah oleh keluarganya. Saya percaya tindakan ibubapa, abangnya dan bapa saudaranya telah melanggar hak kebebasan Nur Aisyah menganut agama pilihannya iaitu Kristian Khatolik'.
Kita tak boleh buat apa-apa sebab article 11 Perlembagaan Persekutuan menyatakan mana-mana warganegara Malaysia yang telah cukup umur (18tahun) berhak mutlak menukar gamanya. Itulah perlembagaan kita yang memerdekakan orang Melayu kita tahun 1957. Perlembagaan itulah juga yang menjerut kita sendiri. Adakah anak cucu kita akan selamat dengan perlembagaan itu? Bila berlaku pertembungan antara hukum syara' dengan undang-undang sivil, undang-undang syara' akan terbatal. Maksud agama rasmi kita Islam adalah acara-acara rasmi hendaklah dibuat mengikut cara Islam. Contohnya perlantikan sultan, rasmi parlimen dll. Tak lebih dari itu. Bab kehidupan, politik, ekonomi.... semua tak termasuk.
Article 4 pula menyatakan: 'Mana-mana undang-undang yang bertentangan yang bercanggah dengan perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah. Ini termasuklah hukum syara'.
Contoh kes Hartina Haji Kamarudin.
Pada masa ceramah ini dibuat, Haji Kamarudin ada dalam lokap, didakwa mencederakan seorang Lelaki India bukan Islam kerana memurtadkan anaknya.. Anak yang dibela selama 18 tahun dengan begitu susah payah datang ke Rumah dalam keadaan Hindu.
Haji Kamarudian seorang penjual sate di Perak. Beliau lepaskan anaknya selepas 18 tahun ke KL untuk cari kerja. Tak terlintas langsung di kepalanya anaknya akan murtad. Tak sampai 9 bulan, Hartina balik ke restoran bapanya dalam keadaan Hindu dengan nandek kat dahi . Bukan itu saja. Anak yang dimanjakan begitu rupa balik mencabar bapanya, bawa boyfriend dan kawan-kawan boyfriendnya sambil berpeluk-p eluk dalam keadaan dia pun dah Hindu dengan nandek. Haji Kamarudin takek si bukan Islam tu kat tengkuk, menggelupur dia depan kedai tu.
Haji Kamarudin juga dipelupur oleh kawan-kawan si India tu sampai nak pengsan. Adik lelaki Hartina umur 16 tahun turut kena belasah kerana nak menyelamatkan akidah kakaknya depan kedai tempat bapanya meniaga.
Apa Hartina buat masa tu? Hartina papah kekasihnya dan biarkan bapanya menggelupur sendirian. Tak cukup dengan itu, dia pergi ke balai polis buat report bapak dia pukul boyfriend dia. 14 hari Haji Kamarudin dengan adik lelaki Hartina merengkok dalam lokap sebab report anak kesayangannya yang mempertahankan kekasih Indianya. Tak cukup dengan itu disaman pula bapanya 3 juta. Remuk hati seorang bapa yang diheret ke penjara kerana anak sendiri. Tak cukup lagi, dia telah menghina bapanya dengan menukar nama Hartina Haji Kamarudin kepada Nivasni Rajeswari. Nama Hindu.
Semasa masih terlantar kat hospital (akibat dipukul lelaki India ), Haji Kamarudin ditangkap polis semula sebab Lelaki India ditembak oleh seorang yang tak dikenali. Jadi, Haji Kamarudin, anaknya dan anak saudaranya kena kurung masuk lokap kerana menjadi suspek utama kes tembakan tersebut. Anak yang ditatang begitu rupa akhirnya menyebabkan dia merana dalam keadaan hina di dalam negara yang negara Islam!! Haji Kamarudin juga dikenakan berbagai tuduhan. Setakat itu saja, 4 tuduhan.
Yusof Qardawi dalam kitabnya menyatakan hendaklah mempertahan akidah hatta dengan nyawa sekalipun.. Itu yang Haji Kamarudin buat dalam mempertahankan hukum Allah, dilokap sedemikian rupa.
Lagi satu kes lain saudara baru kita, nama Yusof bin Abdullah , nama asal Hindunya Santana. Ada seorang isteri, namanya apa entah.Ada anak lelaki, nama Sunjay kalau tak silap. Usia 2 tahun masa tu. Ajak isterinya masuk Islam. Abangnya telah lebih 20 tahun masuk Islam. Isterinya kata ?eh!? Yusof bawa anaknya sekali masuk Islam dengan nama Mohamad Syazani bin Yusof. Dia hidup 2 beranak tu selama 2 tahun. Lepas 2 tahun si minaci datang semula dan bawak lari anak ini ke KL dengan boyfriend barunya.Yusof tak tahu apa nak buat, dia minta mahkamah syariah Alor Setar keluarkan perintah penjagaan hak ke atas anaknya.
Mahkamah pun bagi. Dia pun datang ke KL dan ambil balik budak tu. Si emak ni pergi mahkamah tinggi KL mintak hak jaga anak. Mahkamah tinggi bagi pada si minachi ni. Heran sungguh. Bila si minachi ni tak dapat nak ambil balik budak tu, dia pergi report polis. Tahu polis buat apa? Cari Yusof dan tangkap! (padahal Yusof dapat hak penjagaan daripada mahkamah syariah Alor Setar).. Yusof masuk lokap 8 hari.
Lepas tu polis ambil balik budak tu kasi pada emaknya. Hari ini, budak tu kembali jadi Hindu. Tak cukup dengan itu, kurang ajarnya si minachi ni, dia minta pulak mahkamah tinggi batalkan perintah jagaan anak yang dikeluarkan oleh makamah Syariah Alor Setar yang diberi pada Yusof.
Dalam kes Suzie Teoh, seorang budak perempuan dari Kelantan umur 16 Tahun telah peluk Islam atas kerelaan sendiri. Bapa dia tak suka, lepas tu saman anak sendiri dan saman Majlis Agama Islam Negeri Kelantan, heret anak dia ke mahkamah persekutuan. Dia mohon pada makamah, agar istiharkan anak dia masuk Islam tak sah.
Masa tu, Tun Salleh Abas yang jadi hakim. Beliau seorang yang alim dan warak. Bila dihadapkan dengan kes Suzie Teoh, menangis Tun Salleh Abas. Terpaksa buat perisytiharan. 'Dibawah Perlembagaan Persekutuan, hak seorang anak tertakluk dibawah jagaan ibubapanya selagi belum cukup 18 tahun. Kalau nak tukar agama, kena minta kebenaran ibu bapanya. Semasa Suzie Teoh masuk Islam, berumur 16 tahun. dia tak sah peluk Islam.' Atas kearifan dan iman Tun Salleh Abas, dia simpan fail tu dalam lacinya selama 2 tahun. 2 tahun kemudian, lepas hari jadi Suzie Teoh yang ke 18 tahun, dia buka balik kes itu dan bagi peluang Suzie isytiharkan agamanya sendiri. Penuh mahkamah nak tahu kes tu; wartawan tempatan, wartawan asing semua nak dengar keputusan. Terketar-ketar budak tu. Baru umur 18 tahun. Sambil menangis, budak tu kata ' Saya yang arif, kekal dalam agama saya, saya masih nak nama Nur Aini.' Maka Tun Salleh Abas pun dengan bangga mengisytiharkan Islamnya sah dengan namanya Nur Aini. Selamat akidah seorang budak. Sebab itu jugalah Tun Salleh Abas kena buang atas 5 tuduhan... Tuduhan kedua atas sebab melengahkan kes seorang budak tanpa sebab selama 2 tahun. Itulah harga yang Tun Salleh Abas terpaksa bayar.
Kes terakhir sekali yang paling teruk, kes saudara Ibrahim, isterinya Siti Solehah dan anak perempuannya usia 5 bulan mati dipancung kerana tidak mahu kembali kepada agama asalnya, Hindu. Pada malam hari Valentine 14 Februari, pada waktu anak Melayu bertukar tukar bunga di Dataran Merdeka. 3 Saudara kita mati dipancung dalam sebuah kontena demi mempertahankan agama.
Peristiwa 13 Mei tercetus apabila seorang budak Melayu dibunuh kerana dia Melayu bukan kerana dia Islam. Dalam sejarah Melayu, tiada lagi orang Melayu dibunuh kerana Islam. Semuanya sebab Melayu. Inilah pertama kali.
Jika kita sorot semula sejarah Islam Yasir, bapa kepada Amar diseret di hadapan.. Amar diugut supaya tukar agama. Kalau tidak, bapanya Yasir akan dibunuh. Amar kata,'Allah hu Ahad'.. Terus Yasir kena pancung di padang pasir. Kemudiannya, Sumaiyah ibunya juga disula dari bawah tembus ke jantung. Mampu berkata 'Allah hu Ahad'. Berlari Amar menemui Rasullullah SAW. Dan akhirnya, mengikut sejarah, Amar menjadi seorang mujahid berperang bersama Rasullullah SAW. Itu zaman puak Quraisy kafir berkuasa. Rasullullah SAW tiada kuasa lagi pada masa itu.Rasullulah tak boleh buat apa.
Dalam kes kita, bukan sahaja Ibrahim dipancung kepalanya sehingga putus, tak cukup lagi, tangannya juga turut dipotong. Sehinggakan Majlis Agama Islam Selangor terpaksa minta masjid mandikan jenazah saudara-saudara kita yang mati syahid itu. Apalah dosa anak kecil yang berusia 5 bulan itu? Ibrahim dan Siti Solehah bukan calang-calang orang. Ibrahim seorang saintis Pakar Geologi manakala isterinya Siti Solehah, seorang Pakar Botani. Tanda-tanda syahid jelas pada ketiga mayat tersebut. Walaupun 5 hari dalam peti sejuk darah masih memancut keluar pada ketiga-tiga mayat. Bayi yang berusia 5 bulan masih mengalirkan darah hangat seperti baru mati. Peluhterpercik pada dahi mereka. Mereka dikebumikan di kubur Bukit Kiara.Kalau saudara semua tak mengalirkan air mata melihat kubur merekabertiga terutama bayi yang berusia 5 bulan itu, mesti ada yang tak kena dengan hati kita Hebat mana kita sehingga tak boleh mempertahankan saudara kita sendiri Sedangkan Ibrahim telah melaporkan pada pihak polis dan Majlis agama yang dia diancam untuk dibunuh supaya kembali ke agama asalnya.
Dalam satu hadis yang berbentuk futuristik (masa depan), Rasulullah SAW berpesan 'Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepad a umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak'. Sahabat bertanya 'Apakah fitnah besaritu ya Rasullullah? ' 'Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu,pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir balik.' Sahabat bertanya lagi. 'Mengapa begitu ya Rasullullah? ' Rasullullah SAW menjawab, ?Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia'.
Imam Ghazali pernah berkata dalam perkara ini, 'Akan datang fitnah murtad ini dalam keadaan seperti semut hitam di atas batu hitam di malam gelap.' Mana nampak?Kecuali kalau jiwa kita tengok satu perkara dengan cahaya keimanan.
Bagaimana gerakan murtad ini berjalan di Malaysia sehingga kita taknampak langsung. Gerakan Hindu kita tok sah sebutlah Belum habis cakap, dah ada yang tunggu dengan parang kat luar. Gerakan Yahudi lagilah teruknya. Henry Ford (orang kaya yang buat kereta Ford tu) pernah menulis berkaitan Yahudi tahun 40an atau 30an dulu dalam bukunya 'International Jew' (tak Silap saya).
Unsur Yahudi begitu tebal dalam masyarakat kita tapi kita tak nampak. Paling nyata, rokok yang orang kita hisap tu. Setiap satu batang itu ada saham kepada puak Yahudi. Tak de kilang rokok yang bukan Yahudi punya. Sapa yang hendak berenti merokok, ambil ni sebagai iktibar.Yahudi punya kerja, baru letak bola sebijik, 70 ribu Melayu tak sembahyang kat stadium Shah Alam. Belum kira yang kat rumah lagi.
Bab Kristian, lebih terancang, lebih terperinci lagi. Semenjak kalah dalam perang salib terakhir, iaitu dalam pemerintahan King entah apa nama ke 6 yang terakhir. Sebelum dia mati, dia telah berwasiat dan wasiatnya ada ditulis dengan emas di London . Dia berkata: 'Kepada semua pemimpim-pemimpin Kristian, kita hari ini telah melakukan kesilapan besar, kita berperang dengan tentera Islam dengan pedang, bukan berperang dengan akidah yang ada pada mereka. Sebab tu Islam menang walaupun 30 ribu tentera mereka dengan 300 ribu tentera kita, merekatetap menang sebab mereka (orang Islam) berperang kerana nak mati. Kita perang untuk hidup. Oleh itu, hendaklah kita tukar strategi. Melancarkan peperangan ideologi, fahaman dan budaya keatas orang Islam.'
Wasiatnya berjaya dilaksanakan setelah King tu mati, 1492, kerajaan Islam Andalusia yang paling agung pada masa itu tumbang di tangan Kristian. 1511 kerajaan Islam Melaka tumbang, tak lama lepas tu, tumbang kerajaan Islam Pattani . Tak lama selepas tu, tumbang kerajaan Islam Kedah . Tak lama lepas tu,tumbang kerajaan Islam Mindanao ..Lepas tu kerajaan Islam Acheh ... semuanya satu demi satu..
Macamana benda ni boleh terjadi?
Sebab gerakan Kristian berdasarkan kepada 3G. GOSPEL,GOAL, GLORY . Pertama kitab dia, kedua kekayaan kita, ketiga menang terhadap Islam. Kalau kita tengok sejarah, Alfonso De Albuqueque bukan datang ke Tanah Melayu bawa tukang masak sebab nak rempah kari kita. Dia bukan makan kari, di a datang bawa mubaligh Kristian Francis Xavier (kalau saya tak silap eja), sebab nak sebarkan ajaran Kristian.
Bagaimana cara dia sebarkan Kristian nih?
Orang kita panggil, gerakan halus.Dia panggil semua mubaligh Kristian yang nak datang ke Asia ni. Dia guna kaedah 'garam dan ragi'. Garam sebagai perasa, ragi untuk penapaian. Contohnya ubi kayu. Waktu siang asalnya ubi kayu kita letak ragi, esoknya masih lagi bentuk ubi kayu tapi sebenarnya tapai. maksudnya, dia kekalkan orang Melayu dengan identiti Islam. Hakikatnyakehidupan kita bukan cara Islam lagi . Cara inilah yang Rasulullah SAW kata macam kepingan hitam di malam gelita. Inilah yang Imam Ghazali kata macam semut hitam atas batu hitam di malam gelita tu.
Pertama, melalui sistem pendidikan. Di Malaysia, macam-macam sekolah dengan nama mubaligh Kristian. Convent itu, Saint ini. Menurut satu petikan seorang mubaligh Kristian pada masa itu yang ditulis semula oleh George Peters dalam sebuah buku tahun 40an. Kepada mubaligh-mubaligh Kristian yang nak datang ke negara kita, berkaitan pendekatan garam dan ragi'. Pendekatan seperti ini tidak memerlukan seorang Muslim Melayu berkenaan meninggalkan system kemasyarakatan yang dituntut oleh agamanya. Sebaliknya orang tersebut hendaklah digalakkan terus tinggal dalam masyarakatnya. Justeru itu, ragi tetap ujud dalam keutuhannya. Dia akan menjadi bagaikan sebuah lampu (Kristian) yang diletakkan dalam gelap. Penyebaran agama Kristian nanti akan terserlah dalam sifat kerohanian, bukannya organisasi. Dirasa kesegarannya, bukan bersikap kalam. Dinamik dan etikal, bukan bersifat formalistik.
Pendekatan begini telah memperlihatkan kebaikannya. Lantaran ia tidak menganjurkan ahli Melayu tadi menjadi ahli baru Kristian yang formal, menyendiri terpisah dari masyarakatnya. Sebaliknya ia memberi laluan agar dapat dimasukkan semangat dan ajaran Jesus bagaikan sebutir ragi yang bertindak dengan proses penapaiannya ke atas seluruh masyarakat Melayu seluruhnya.
Ajaran Kristian akan bertindak melahirkan revolusi , justeru itu nanti,dapatlah dikatakan bahawa kita nanti akan memperolehi satu Kristian muslim Melayu tempatan yang mencerminkan Kristian muslim Melayu sejati.. 'Sebenarnya dia ingin. Akan datang suatu masa nanti, orang Melayu sendiri tanpa dipaksa-paksa akan buat revolusi untuk menjadi Kristian. Cara kebajikan pulak... Hari ni sapa tak kenal kelab rotary yang cuci buah pinggang,kelab lion, bulan sabit merah, Saint John's Ambulans, sapa tak kenal palang merah. Mereka masuk dengan cara menghidupkan sekularisme. Sekularisma adalah satu cara mengasingkan agama daripada kehidupan. Itulah kita hari ni mengasingkan Islam daripada kehidupan dunia. Cara lain adalah dengan menghidupkan maksiat. Kita kena ambil tindakan samada dengan tangan, dengan mulut, atau paling lemah sekali, dengan hati.
Bangun malam buat sembahyang hajat agar kita semua diselamatkan dari fitnah besar ini. Paling kurang pun, fowardkan artikel ni kepada saudara kita yang lain yang tak tahu menahu tu. Kita kena peka. Ini semua tanggung jawab kita semua.
Akhir sekali,artikel ini tiada kena mengena dengan ceramah nak berkempen politik atau apa saja. Sekadar meniupkan semangat perjuangan dalam diri kita yang mengaku Islam ini. Ni lah masanya kita bangkit pertahankan agama Islam sebelum terlambat.
by: ash shababunnajah"