Friday, March 4, 2011

Lori buruk, kereta baharu........Labu dan Labi

Pagi kelmarin, semasa dalam perjalanan dari rumah ke PPD Padang Terap di Kuala Nerang, memang agak nak lekaslah juga, jauh tu… dah lah agak sedikit lewat sebab kelmarin turun rumah pukul 6.30 pagi pun dah sampai sana pukul 8.40 pagi apatah lagi hari ini turun pukul 6.40 pagi. Semasa sampai di satu lampu isyarat (masa itu lampu sedang merah) aku pun macam selalulah pilih lorong yang mana (sebab dua lorong). Kebetulan satu lorong tu ada sebuah lori buruk di depan dan satu lorong lagi sebuah kereta baharu. Mestilah ku pilih berada di belakang kereta baharu sebab ku kira aku boleh sampai ke lampu isyarat di hadapan (lebih kurang 1km jaraknya) lebih awal. Tetapi rupa-rupanya pilihan ku tidak tepat, kereta yang ku ekori tu memang lembab, apa tidaknya, lampu hijau sahaja, pemandunya barulah nak masuk gear, dah lah gitu, bawa selamba sahaja tanpa menghiraukan kenderaan-kenderaan lain di belakang (hak dia tetapi janganlah dalam pekan, carilah jalan lain seperti di lebuhraya ke, ha.. dok lorong kiri ambik lah masa sendiri..).

Yang dikatakan lori buruk tu lain pula, hijau sahaja lampu tu terus jalan dan kenderaan lain elok sahaja ikut dibelakangnya, bengkak saja hati tengok kenderaan-kenderaan belakang lori buruk yang di sebelah kiri aku tu dok potong aku.

‘Moral of the story’nya… lorong yang mana adalah pilihan sendiri, berjaya atau tidak bergantung kepada ‘orang’ yang memandunya walaupun buruk..

Dalam perjalananku itu pula ku pasang radio yang mem’boring’kan sekali mendengarnya, asyik-asyik dok dengar berita yang dok cerita tentang pilihanraya-pilihanraya kecil yang akan berjalan tak berapa lama lagi. Kempen dan kempen, yang mana itu bukan dinamakan berita, tiada nilai berita langsung bagi ku kerana asyik menceritakan kebaikan satu pihak sahaja dan keburukan pihak yang satu lagi, dalam TV pun gitu, dalam akhbar pun gitu (Apatu kita kata minda kedana? Aku tak mahu kata lah)

Bagi aku kalau pilihanraya kecil, tak payahlah dok kempen-kempen, membazirkan masa dan duit sahaja. Duit aku tak mahu ceritalah, tapi masa. Apa tidaknya, semua dok bazir masa, pergi dengar ceramah sana ceramah sini, ada lagi tu dok ikut belakang Pak Menteri, Pak Menteri. Tinggal dengan kerja yang gajinya dibayar oleh majikan masing-masing pula tu. Pak pak Menteri ni pun gitu juga ke sana kemari dok pi kempen yang memang mungkin juga tinggal pejabatnya. Itu yang jadi janji-janjinya menjadi terabai. Dalam kempen ni pula mesti ada juga sedikit sebanyak tokok tambah dan bohongnya, sedikit sebanyak menyentuh peribadi calon masing-masing, dan kadang-kadang kecoh pula kerana katanya pihak lawan memfitnahnya dan berbagai-bagai lagilah..

Senang cerita, dekat pilihanraya, cari satu hari, bawa calon-calon pergi stadium, bawa penyokong masing-masing, bagi mikrofon sorang satu, ha… bagi mereka cakap sampai puas. Penyokong sorak puas-puas.

Yang penting kita lihat apa yang berlaku sekeliling kita, itu yang menunjukkan siapa ‘orang’ itu. Tak mahu lah aku bercakap macam orang politik, atau ahli ekonomi tetapi sekadar orang biasa. Beberapa minggu yang lepas, dekat Tahun Baru Cina, aku adalah pi singgah di satu supermarket di Penang. Seronok tengok barang-barang yang dijual, murah-murah betul dan tiada pun bunyi harga barang keperluan yang naik. Teringat aku sebelum Hari Raya Puasa yang lalu, semua barang naik, mengapa ya…. Sampai minyak petrol pun pandai naik, kalau ya pun takkan tak boleh tunggu sebulan saja lagi nak umum minyak naik, lepas Hari Raya, supaya semua rakyat dapat ‘rasa’ sikit sorang bukan hanya orang Islam sahaja, kecik hati betul. Bukan setakat tahun lepas sahaja, fenomena begini berlaku setiap kali dekat Hari Raya, nampak macam lekeh je orang yang sepatutnya jaga kebajikan rakyat, kereta baharu 'driver' lembab. Elaun-elaun kakitangan kena potong, tuntutan perjalanan kena tukar jadi naik teksi ‘satu tempat duduk’ walaupun teksi tak pernah kenal tempat tersebut. Kena buat tuntutan palsu, kena tipu sebab kerajaan suruh buat gitu, walaupun pergi dengan kereta sendiri dan bayar tol sendiri. Guru-guru yang pergi melanjutkan pelajaran menjadi lebih rugi contohnya kenaikan pangkat dari DG29DG32DG41DG44, sengaja dan terang-terang dirugikan serta kecoh tak selesai, sengaja tutup mata sebab nak jimat kewangan. Dan banyak lagi kepincangan dan janji-janji yang terabai.

Dulu-dulu aku adalah juga pergi memancing. Ada satu jenis ikan, orang panggil ikan belukur ubi, kalau dia makan umpan siap, tak adalah peluang nak dapat ikan lain. Apa tidaknya apabila dia makan umpan dia duok diam sahaja, sejam pun sejam lah dia tak sentap tali. Tahu-tahu angkat pancing dia ada.

Siakap, senohong, gelama, belukur ubi,
Cakap bohong, lama-lama jadi YB.

Ada satu jenis ikan lagi, ada duri, kalau tidak berhati-hati luka tangan kena duri berbisa.

Siakap, senohong, gelama, ikan duri,
Cakap bohong, lama-lama jadi menteri.

Lepas itu,

Siakap, senohong, gelama, ikan duri, ikan tenggiri
Cakap bohong, lama-lama menteri tipu Perdana Menteri.

Sorrylah YB dan Menteri, bukan semua, tetapi ada yang berlaku.

Aku memang jenis tak suka pi dengar ceramah politik, macam dok kata tadi, kejadian yang berlaku disekeliling kita menceritakan segalanya, macam lori buruk kereta baharu, tak semestinya apa yang kita lihat dan dengar itu betul,jadi tak payah kempen.
Teringat aku pada cerita Labu dan Labi tu, mereka dok gila kat anak dara Haji Bakhil tu. Jadi mereka dok kempenlah diri sendiri dan dalam dok kempen tu mereka menyanyikan satu lagu, lebih kurang begini bunyinya..

Labu: Kalau lah aku.. jadi teman mu, masak memasak.. serah padaku…
Labi: Kalau lah aku.. jadi teman mu, kain baju aku cuci….
Anak Dara Hj Bakhil: Hai tukang masak, aku tak sudi, hai tukang cuci sakitkan hati, memilih teman biar perpadan, asalkan kita senang di hati.

Muda-muda dulu kalau aku ikut pasukan bolasepak pergi lawan di negeri lain, ratusan kilometer kita pergi, tetapi kalau pasukan yang kita sokong itu main kotor, aku lah orang yang mula-mula sekali pulang tanpa perlawanan tamat. Sokongan kita bertukar menjadi benci kalau pasukan kita main kotor. Aku kira orang lain pun begitu, benci main kotor.

Kalau lah aku ni anak dara Hj Bakhil, ramai pula calon suami dok kempen. Buat apa pilih yang kaya kalau dah kahwin dia kedekut, buat apa pilih yang pandai masak kalau dah kahwin kita juga yang kena masak(bukan aku tak mahu masak, dah pandai masak, pakat-pakat masaklah), buat apa pilih yang alim, hafal hadis dan Quran tetapi kerja malas. Aku pernah pergi bertandang ke rumah seorang ‘pendakwah’, tetapi rumahnya, masya Allah kotor, dalam rumahnya kotor dan di luar rumah penuh dengan sampah sarap yang di buang begitu sahaja, berlendir dan geli melihatnya. Itulah kali terakhir aku pergi ke rumahnya sebab kelakuannya menyebabkan dia hilang wibawa di mata ku, jadi tak payah kempen.

Akhir sekali kepada calon-calon yang bertanding di kedua-dua DUN tu, selamat berjaya dan apabila berjaya jadilah ‘orang Yang Berkhidmat (YB)’.

Aku pula….
dah pilih dah………, bukan anak Hj Bakhil.

No comments: