Wednesday, February 16, 2011

remaja, suami dan isteri

Salam Maulidul Rasul, selawat dan salam keatas junjungan besar kita Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam.

Orang kata masa jadi penghalang dalam meng"update" blog, no komen lah. Bagi aku ada juga benarnya tetapi kadang-kadang bergantung kepada "mood" juga, yang mana bila buka blog sahabat-sahabat ada yang baru "update" dan membaca celoteh dan mindanya, "mood" untuk berbicara akan datang balik.

Begitulah juga aku hari ini, tengok blog kawan-kawan, senyum sendirian juga dan datanglah "mood"nya.

Alkisahnya, kelmarin aku sekeluarga keluarlah pergi makan roti canai di kedai mamak, kononnya asal hendak pergi berarak sempena Maulidul Rasul tetapi tak jadi. Sambil dok tunggu pesanan sampai, sempatlah juga belek-belek akhbar-akhbar yang ku beli. Menarik juga beberapa berita dalamnya. Antaranya tentang Hari Kekasih atau apa itu orang kata Valentine's Day, tetapi yang tidak menariknya ialah tentang operasi cegah maksiat yang dilakukan di hotel-hotel murah yang barang tentunya sasarannya adalah orang-orang yang kurang berkemampuan dan remaja-remaja. Maka keluarlah berita "....dan pelajar IPTA perempuan ditangkap di dalam bilik tanpa seurat benang", ".... sedang menyorok dalam almari" dan macam-macam adegan lagi.

Terfikirlah aku, mengapa ini berlaku, remaja yang berpelajaran dan tidak berpelajaran nampaknya tiada bezanya, tengok dalam akhbar tu pun nampak masing-masing bertudung. Yang pastinya tiada asas keimanan dalam diri masing-masing dan jika ada pun mungkin remaja ini keliru dan tidak fokus dengan apa yang dikatakan 'kekasih' itu. Apa tidaknya, mereka meletakkan macam-macam istilah dalam 'hubungan' antara mereka. Yang seorang itu orang yang disayangi, yang seorang lagi orang yang dikasihi, yang satu lagi orang yang dicintai, yang seorang lagi pula orang yang sukai dan macam-macam lagi. Maka jika ikut matematiknya, setiap seorang itu dapatlah lebih kurang 20% sahaja perhatian dah terpaksa dibahagi-bahagikan sikit sorang katakan... Itulah kalau tengok profile dalam facebook "In a relationship but complicated". Begitulah gamaknya.

Yang ini pula berita pasal "Kempunan Suami Beristeri 4". Dilaporkan si suami ini naik berang dan memukul isteri pertamanya kerana kononnya si isteri pertamanya membongkar rahsia suaminya itu kepada bakal isteri ke empat itu menyebabkan projeknya tidak jadi. Mengapa ini harus berlaku ya, mesti ada penipuan, pukul memukul dan kekecohan dalam rumahtangga. Aku tak reti nak komen bab ini, fikir punya fikir pun tak dapat komen. Fasal berapa peratus fokus suami itu pada isteri-isterinya pun aku tak dapat teka. Kita biarkanlah kot laki itu dengan dunianya.....

Kisah yang satu ini yang mungkin agak tenggelam sikit dari berita-berita lain, maksudku moral ceritanya. Kisah si isteri yang sanggup bergadai nyawa semata-mata menyelamatkan suami dari dibaham harimau dan ikut adatnya, kalau bergelut satu lawan satu, juara gusti yang terkenal sekarang ni pun, yang budak-budak dok puja sangat termasuk anak lelaki aku yang sorang tu iaitu 'Undertaker' pun boleh hilang nyawa jadinya. Tetapi kalau nak cerita bab penakut orang perempuan ni, boleh lompat sampai tercangkung atas meja jadinya kalau terlihat anak tikus yang melintas depannya, kalah 'spiderman' dibuatnya, boleh bergayut melekat kat "grill" tingkap jadinya, mengalahkan "cicakman" dibuatnya. Tetapi dek suaminya, penakutnya entah hilang kemana walaupun berhadapan dengan sang pembunuh, iaitu sang raja rimba. Sebab apa ya, fikir ku pula. "Itulah perempuan", teringat kata-kata ibu kesayanganku dengan selamba dan senyum manisnya di satu ketika, "perempuan ni kalu dah kahwin, dia beri hatinya 100% pada suaminya walaupun dia belum pasti berapa peratus suaminya beri padanya, sebab itu dia tahan uji."

Betullah, kalau kita beri 100% pada sesuatu kita tidak akan kalah dengan ujian-ujian bahkan menjadi semangat untuk sentiasa berjaya.

Aku pula......
jadikanlah setiap hari, Hari Kekasih.....

No comments: