Saturday, December 29, 2007

Satu Alkisah

Pada suatu malam (awal bulan Jun 08) lebih kurang pukul 11.00 malam, baru nak terlelap cikgu menerima panggilan telefon dari isteri (waktu itu cikgu sedang berkursus 3 hari di Alor Setar). Isteri cikgu memberitahu ada seorang kawan cikgu datang bersama isterinya meminta hutangkannya RM300 kerana esok keretanya akan kena tarik oleh bank. Dipendekkan cerita, setelah rayuan demi rayuan melalui panggilan-panggilan telefon dan sms, dijamin akan bayar cukup bulan selepas terima gaji, fikir-fikir kesian pula lalu keesokan hari duit itu dimasukkanlah.....
Semasa mengikuti kuliah Tok Guru Menteri Besar Kelantan pernah sebut, kalau orang berhutang dengan kita maka kita dapat pahala selama mana hutang itu belum dibayar. Sebab itulah kalau duit kita sudah cukup tak payah minta balik hutang tu tetapi jangan ungkit-ungkitkan. Untungnya kita dapat pahala secara percuma dan berterusan. Tapi kalau nak minta pun tidak mengapa sebab memang hak kita. Jadi ikut sukalah.
Maka, cikgu nasihatkan kepada anak murid cikgu kalau orang nak berhutang dengan kita kerana dia terdesak, dan kita ada duit lebih bagilah dan kalau tak boleh bagi semua yang diminta bagi sedikit. Inilah masa kita nak buat kebajikan. Dalam kuliah itu juga, Tok Guru ada kata, bila kita bagi duit maka kita kena ingat pada zahirnya orang itu yang terima duit kita tapi pada hakikatnya, Allah yang terima. Sebab itulah kita dapat pahala.
Isunya sekarang ialah, jika kita tidak mampu memiliki sesuatu benda itu janganlah kita beli. Maksud mampu ialah, kemampuan membeli pada masa itu dan mem'bela'nya selepas itu. Contoh mudah yang cikgu boleh beri ialah jika kamu ingin sangat nak membeli 'handset' yang berharga RM200 dan kebetulan kamu juga mempunyai duit simpanan RM200. Adakah kamu patut membelinya tanpa mengira kamu terpaksa mem'bela'nya setiap bulan sekurang-kurangnya RM40. Duit biasiswa pun kamu dapat RM50 sebulan, perlu sangat kah 'handset' itu dan tiadakah alternatif lain? Jika kita tidak memikirkan perkara ini, maka kita akan sentiasa dihimpit dengan hutang dan cikgu cukup 'lemas' (orang lain pun begitu) jika ada orang datang menceritakan masalahnya, kesempitannya untuk meminta berhutang tetapi jika waktu hendak bayar balik selalu mungkir janji dan jika kita nak mintanya bayar balik kadang-kadang macam kita kena merayu dan kita pula kena menceritakan masalah kita dan kita ini lebih miskin darinya baru nak dapat.
Jadinya, cikgu sedang menunggulah bayaran hutang seperti yang dijanjikan itu, nampaknya macam gaji bulan itu dah terima, hutang belum dilunaskan lagi..... Cuma cikgu lupa nak tanya maksud 'nanti cukup bulan selepas terima gaji' itu, bulan berapa tahun bila?