Wednesday, June 22, 2011

Tak Tahulah.. Betul Ke Tidak.............

orang-orang ni tidak pernah telus dengan kita pasal pendapatan mereka, itu belum kira daripada pendapatan syarikat proksi mereka, artikel ini aku ambil dari blog http://www.mohamadazhan.com/ fikir-fikirlah sendiri
Chegu Bard: Gaji Menteri Bernilai RM55,650.00 | 11x Ganda Rakyat Bergaji RM5 Ribu
Ini apa yang Menteri dapat ? betul ke ? renungkan lah .....


1. Bercuti keluar negara sekali setahun terutama selepas persidangan Dewan Negara - semua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan termasuk tiket penerbangan, hotel, duit poket sebanyak RM50,000.00. Kalau tidak bercuti keluar negara seorang menteri boleh menuntut sebanyak RM50,000.00 tanpa resit.(duit kita lah tu..)


2. Bil letrik percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia(duit kita lah tu..)

3. Bil Air percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia(duit kita lah tu..)


4. Bil telefon percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia(duit kita lah tu..)


5. Peruntukan perkakasan dapor/perhiasan rumah dll boleh dituntut setahun sekali sebanyak RM40,000.00(duit kita lah tu..)


6. Sebuah kereta Mercedes S320, di lengkapi dgn telefon bimbit,satu pemandu,minyak percuma(so tak kisahlah minyak naik berapa pun..).Kalau guna khidmat pemandu kementerian, dapatlah duit percuma.(perdana sebagai kereta rasmi semata-mata)(duit kita lah tu..)


7. Semua pemberian derma seperti kepada perkahwinan, kematian,atau pemberian kepada badan kebajikan kebajikan boleh dituntut.(duit kita lah tu..)


8. Boleh mengadakan rumah terbuka setiap hari raya, segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan. Kebiasaan Menteri menuntut sebanyak RM400,000.00(duit kita lah tu..)


9. Setiap menteri biasanya tuntutan mereka sebanyak RM45,000.00 semua elaun perbelanjaan tidak termasuk elaun-elaun dalam slip pendapatan bulanan.(duit kita lah tu..)

cheguBard: sumber

Azhan: Rakyat biasa yang bergaji 5ribu sudah dikira melepasi taraf sederhana tetapi mereka masih jauh ketinggalan dengan gaji para menteri yang 11x ganda daripada nilai tersebut. Jadi apakah wajar kerajaan menarik subsidi daripada rakyat, umpama menyeluk saku penduduk kampung demi menampung masalah defisit ekonomi negara sekarang?

Modify Ayat Iklan Dalam TV:
Jangan marah... aku kan menteri.....

No comments: