tag:blogger.com,1999:blog-44021044846290381802024-03-20T17:46:00.147+08:00PENA MENARInikmathttp://www.blogger.com/profile/04500558236529896361noreply@blogger.comBlogger18125tag:blogger.com,1999:blog-4402104484629038180.post-80629269023420128732011-06-22T11:01:00.006+08:002011-07-01T11:30:53.030+08:00Tak Tahulah.. Betul Ke Tidak.............orang-orang ni tidak pernah telus dengan kita pasal pendapatan mereka, itu belum kira daripada pendapatan syarikat proksi mereka, artikel ini aku ambil dari blog http://www.mohamadazhan.com/ fikir-fikirlah sendiri

Chegu Bard: Gaji Menteri Bernilai RM55,650.00 | 11x Ganda Rakyat Bergaji RM5 Ribu

Ini apa yang Menteri dapat ? betul ke ? renungkan lah .....

1. Bercuti keluar negara sekali setahun terutama selepas persidangan Dewan Negara - semua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan termasuk tiket penerbangan, hotel, duit poket sebanyak RM50,000.00. Kalau tidak bercuti keluar negara seorang menteri boleh menuntut sebanyak RM50,000.00 tanpa resit.(duit kita lah tu..)

2. Bil letrik percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia(duit kita lah tu..)

3. Bil Air percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia(duit kita lah tu..)

4. Bil telefon percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia(duit kita lah tu..)

5. Peruntukan perkakasan dapor/perhiasan rumah dll boleh dituntut setahun sekali sebanyak RM40,000.00(duit kita lah tu..)

6. Sebuah kereta Mercedes S320, di lengkapi dgn telefon bimbit,satu pemandu,minyak percuma(so tak kisahlah minyak naik berapa pun..).Kalau guna khidmat pemandu kementerian, dapatlah duit percuma.(perdana sebagai kereta rasmi semata-mata)(duit kita lah tu..)

7. Semua pemberian derma seperti kepada perkahwinan, kematian,atau pemberian kepada badan kebajikan kebajikan boleh dituntut.(duit kita lah tu..)

8. Boleh mengadakan rumah terbuka setiap hari raya, segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan. Kebiasaan Menteri menuntut sebanyak RM400,000.00(duit kita lah tu..)

9. Setiap menteri biasanya tuntutan mereka sebanyak RM45,000.00 semua elaun perbelanjaan tidak termasuk elaun-elaun dalam slip pendapatan bulanan.(duit kita lah tu..)

cheguBard: sumber

Azhan: Rakyat biasa yang bergaji 5ribu sudah dikira melepasi taraf sederhana tetapi mereka masih jauh ketinggalan dengan gaji para menteri yang 11x ganda daripada nilai tersebut. Jadi apakah wajar kerajaan menarik subsidi daripada rakyat, umpama menyeluk saku penduduk kampung demi menampung masalah defisit ekonomi negara sekarang?

Modify Ayat Iklan Dalam TV:

Jangan marah... aku kan menteri.....nikmathttp://www.blogger.com/profile/04500558236529896361noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4402104484629038180.post-13032696284226725722011-04-23T10:19:00.003+08:002011-04-23T10:27:57.900+08:00Pena menari?Namanya pena menari, tapi rasanya sekian lama pena ini tidak menari.

Begitulah kita ni, bukan boleh buat semuanya serentak.

Tuntutan lain yang lebih mendesak nampaknya

Jadi terpaksalah dilayan dahulu

Biarlah kaki yang menari, melayan diri ke sana ke mari

Biarlah tangan yang melakukan tarian, melayan kerja yang tak pernah habis

Beginikah namanya 'guru'?

Begitukah namanya 'kepala keluarga'?

Ingin pilih satu sahaja,

Harap hajat tercapai

Oops nak kena pergi menari sekejap.......

He he he.....

So...

So You Think You Can Dance?nikmathttp://www.blogger.com/profile/04500558236529896361noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4402104484629038180.post-37700317544694134352011-03-04T11:05:00.008+08:002011-03-21T14:12:19.628+08:00Lori buruk, kereta baharu........Labu dan LabiPagi kelmarin, semasa dalam perjalanan dari rumah ke PPD Padang Terap di Kuala Nerang, memang agak nak lekaslah juga, jauh tu… dah lah agak sedikit lewat sebab kelmarin turun rumah pukul 6.30 pagi pun dah sampai sana pukul 8.40 pagi apatah lagi hari ini turun pukul 6.40 pagi. Semasa sampai di satu lampu isyarat (masa itu lampu sedang merah) aku pun macam selalulah pilih lorong yang mana (sebab dua lorong). Kebetulan satu lorong tu ada sebuah lori buruk di depan dan satu lorong lagi sebuah kereta baharu. Mestilah ku pilih berada di belakang kereta baharu sebab ku kira aku boleh sampai ke lampu isyarat di hadapan (lebih kurang 1km jaraknya) lebih awal. Tetapi rupa-rupanya pilihan ku tidak tepat, kereta yang ku ekori tu memang lembab, apa tidaknya, lampu hijau sahaja, pemandunya barulah nak masuk gear, dah lah gitu, bawa selamba sahaja tanpa menghiraukan kenderaan-kenderaan lain di belakang (hak dia tetapi janganlah dalam pekan, carilah jalan lain seperti di lebuhraya ke, ha.. dok lorong kiri ambik lah masa sendiri..).

Yang dikatakan lori buruk tu lain pula, hijau sahaja lampu tu terus jalan dan kenderaan lain elok sahaja ikut dibelakangnya, bengkak saja hati tengok kenderaan-kenderaan belakang lori buruk yang di sebelah kiri aku tu dok potong aku.

‘Moral of the story’nya… lorong yang mana adalah pilihan sendiri, berjaya atau tidak bergantung kepada ‘orang’ yang memandunya walaupun buruk..

Dalam perjalananku itu pula ku pasang radio yang mem’boring’kan sekali mendengarnya, asyik-asyik dok dengar berita yang dok cerita tentang pilihanraya-pilihanraya kecil yang akan berjalan tak berapa lama lagi. Kempen dan kempen, yang mana itu bukan dinamakan berita, tiada nilai berita langsung bagi ku kerana asyik menceritakan kebaikan satu pihak sahaja dan keburukan pihak yang satu lagi, dalam TV pun gitu, dalam akhbar pun gitu (Apatu kita kata minda kedana? Aku tak mahu kata lah)

Bagi aku kalau pilihanraya kecil, tak payahlah dok kempen-kempen, membazirkan masa dan duit sahaja. Duit aku tak mahu ceritalah, tapi masa. Apa tidaknya, semua dok bazir masa, pergi dengar ceramah sana ceramah sini, ada lagi tu dok ikut belakang Pak Menteri, Pak Menteri. Tinggal dengan kerja yang gajinya dibayar oleh majikan masing-masing pula tu. Pak pak Menteri ni pun gitu juga ke sana kemari dok pi kempen yang memang mungkin juga tinggal pejabatnya. Itu yang jadi janji-janjinya menjadi terabai. Dalam kempen ni pula mesti ada juga sedikit sebanyak tokok tambah dan bohongnya, sedikit sebanyak menyentuh peribadi calon masing-masing, dan kadang-kadang kecoh pula kerana katanya pihak lawan memfitnahnya dan berbagai-bagai lagilah..

Senang cerita, dekat pilihanraya, cari satu hari, bawa calon-calon pergi stadium, bawa penyokong masing-masing, bagi mikrofon sorang satu, ha… bagi mereka cakap sampai puas. Penyokong sorak puas-puas.

Yang penting kita lihat apa yang berlaku sekeliling kita, itu yang menunjukkan siapa ‘orang’ itu. Tak mahu lah aku bercakap macam orang politik, atau ahli ekonomi tetapi sekadar orang biasa. Beberapa minggu yang lepas, dekat Tahun Baru Cina, aku adalah pi singgah di satu supermarket di Penang. Seronok tengok barang-barang yang dijual, murah-murah betul dan tiada pun bunyi harga barang keperluan yang naik. Teringat aku sebelum Hari Raya Puasa yang lalu, semua barang naik, mengapa ya…. Sampai minyak petrol pun pandai naik, kalau ya pun takkan tak boleh tunggu sebulan saja lagi nak umum minyak naik, lepas Hari Raya, supaya semua rakyat dapat ‘rasa’ sikit sorang bukan hanya orang Islam sahaja, kecik hati betul. Bukan setakat tahun lepas sahaja, fenomena begini berlaku setiap kali dekat Hari Raya, nampak macam lekeh je orang yang sepatutnya jaga kebajikan rakyat, kereta baharu 'driver' lembab. Elaun-elaun kakitangan kena potong, tuntutan perjalanan kena tukar jadi naik teksi ‘satu tempat duduk’ walaupun teksi tak pernah kenal tempat tersebut. Kena buat tuntutan palsu, kena tipu sebab kerajaan suruh buat gitu, walaupun pergi dengan kereta sendiri dan bayar tol sendiri. Guru-guru yang pergi melanjutkan pelajaran menjadi lebih rugi contohnya kenaikan pangkat dari DG29DG32DG41DG44, sengaja dan terang-terang dirugikan serta kecoh tak selesai, sengaja tutup mata sebab nak jimat kewangan. Dan banyak lagi kepincangan dan janji-janji yang terabai.

Dulu-dulu aku adalah juga pergi memancing. Ada satu jenis ikan, orang panggil ikan belukur ubi, kalau dia makan umpan siap, tak adalah peluang nak dapat ikan lain. Apa tidaknya apabila dia makan umpan dia duok diam sahaja, sejam pun sejam lah dia tak sentap tali. Tahu-tahu angkat pancing dia ada.

Siakap, senohong, gelama, belukur ubi,

Cakap bohong, lama-lama jadi YB.

Ada satu jenis ikan lagi, ada duri, kalau tidak berhati-hati luka tangan kena duri berbisa.

Siakap, senohong, gelama, ikan duri,

Cakap bohong, lama-lama jadi menteri.

Lepas itu,

Siakap, senohong, gelama, ikan duri, ikan tenggiri

Cakap bohong, lama-lama menteri tipu Perdana Menteri.

Sorrylah YB dan Menteri, bukan semua, tetapi ada yang berlaku.

Aku memang jenis tak suka pi dengar ceramah politik, macam dok kata tadi, kejadian yang berlaku disekeliling kita menceritakan segalanya, macam lori buruk kereta baharu, tak semestinya apa yang kita lihat dan dengar itu betul,jadi tak payah kempen.

Teringat aku pada cerita Labu dan Labi tu, mereka dok gila kat anak dara Haji Bakhil tu. Jadi mereka dok kempenlah diri sendiri dan dalam dok kempen tu mereka menyanyikan satu lagu, lebih kurang begini bunyinya..

Labu: Kalau lah aku.. jadi teman mu, masak memasak.. serah padaku…

Labi: Kalau lah aku.. jadi teman mu, kain baju aku cuci….

Anak Dara Hj Bakhil: Hai tukang masak, aku tak sudi, hai tukang cuci sakitkan hati, memilih teman biar perpadan, asalkan kita senang di hati.

Muda-muda dulu kalau aku ikut pasukan bolasepak pergi lawan di negeri lain, ratusan kilometer kita pergi, tetapi kalau pasukan yang kita sokong itu main kotor, aku lah orang yang mula-mula sekali pulang tanpa perlawanan tamat. Sokongan kita bertukar menjadi benci kalau pasukan kita main kotor. Aku kira orang lain pun begitu, benci main kotor.

Kalau lah aku ni anak dara Hj Bakhil, ramai pula calon suami dok kempen. Buat apa pilih yang kaya kalau dah kahwin dia kedekut, buat apa pilih yang pandai masak kalau dah kahwin kita juga yang kena masak(bukan aku tak mahu masak, dah pandai masak, pakat-pakat masaklah), buat apa pilih yang alim, hafal hadis dan Quran tetapi kerja malas. Aku pernah pergi bertandang ke rumah seorang ‘pendakwah’, tetapi rumahnya, masya Allah kotor, dalam rumahnya kotor dan di luar rumah penuh dengan sampah sarap yang di buang begitu sahaja, berlendir dan geli melihatnya. Itulah kali terakhir aku pergi ke rumahnya sebab kelakuannya menyebabkan dia hilang wibawa di mata ku, jadi tak payah kempen.

Akhir sekali kepada calon-calon yang bertanding di kedua-dua DUN tu, selamat berjaya dan apabila berjaya jadilah ‘orang Yang Berkhidmat (YB)’.

Aku pula….

dah pilih dah………, bukan anak Hj Bakhil.nikmathttp://www.blogger.com/profile/04500558236529896361noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4402104484629038180.post-85568129062519308922011-02-16T11:36:00.009+08:002011-02-16T15:11:07.697+08:00remaja, suami dan isteriSalam Maulidul Rasul, selawat dan salam keatas junjungan besar kita Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam.

Orang kata masa jadi penghalang dalam meng"update" blog, no komen lah. Bagi aku ada juga benarnya tetapi kadang-kadang bergantung kepada "mood" juga, yang mana bila buka blog sahabat-sahabat ada yang baru "update" dan membaca celoteh dan mindanya, "mood" untuk berbicara akan datang balik.

Begitulah juga aku hari ini, tengok blog kawan-kawan, senyum sendirian juga dan datanglah "mood"nya.

Alkisahnya, kelmarin aku sekeluarga keluarlah pergi makan roti canai di kedai mamak, kononnya asal hendak pergi berarak sempena Maulidul Rasul tetapi tak jadi. Sambil dok tunggu pesanan sampai, sempatlah juga belek-belek akhbar-akhbar yang ku beli. Menarik juga beberapa berita dalamnya. Antaranya tentang Hari Kekasih atau apa itu orang kata Valentine's Day, tetapi yang tidak menariknya ialah tentang operasi cegah maksiat yang dilakukan di hotel-hotel murah yang barang tentunya sasarannya adalah orang-orang yang kurang berkemampuan dan remaja-remaja. Maka keluarlah berita "....dan pelajar IPTA perempuan ditangkap di dalam bilik tanpa seurat benang", ".... sedang menyorok dalam almari" dan macam-macam adegan lagi.

Terfikirlah aku, mengapa ini berlaku, remaja yang berpelajaran dan tidak berpelajaran nampaknya tiada bezanya, tengok dalam akhbar tu pun nampak masing-masing bertudung. Yang pastinya tiada asas keimanan dalam diri masing-masing dan jika ada pun mungkin remaja ini keliru dan tidak fokus dengan apa yang dikatakan 'kekasih' itu. Apa tidaknya, mereka meletakkan macam-macam istilah dalam 'hubungan' antara mereka. Yang seorang itu orang yang disayangi, yang seorang lagi orang yang dikasihi, yang satu lagi orang yang dicintai, yang seorang lagi pula orang yang sukai dan macam-macam lagi. Maka jika ikut matematiknya, setiap seorang itu dapatlah lebih kurang 20% sahaja perhatian dah terpaksa dibahagi-bahagikan sikit sorang katakan... Itulah kalau tengok profile dalam facebook "In a relationship but complicated". Begitulah gamaknya.

Yang ini pula berita pasal "Kempunan Suami Beristeri 4". Dilaporkan si suami ini naik berang dan memukul isteri pertamanya kerana kononnya si isteri pertamanya membongkar rahsia suaminya itu kepada bakal isteri ke empat itu menyebabkan projeknya tidak jadi. Mengapa ini harus berlaku ya, mesti ada penipuan, pukul memukul dan kekecohan dalam rumahtangga. Aku tak reti nak komen bab ini, fikir punya fikir pun tak dapat komen. Fasal berapa peratus fokus suami itu pada isteri-isterinya pun aku tak dapat teka. Kita biarkanlah kot laki itu dengan dunianya.....

Kisah yang satu ini yang mungkin agak tenggelam sikit dari berita-berita lain, maksudku moral ceritanya. Kisah si isteri yang sanggup bergadai nyawa semata-mata menyelamatkan suami dari dibaham harimau dan ikut adatnya, kalau bergelut satu lawan satu, juara gusti yang terkenal sekarang ni pun, yang budak-budak dok puja sangat termasuk anak lelaki aku yang sorang tu iaitu 'Undertaker' pun boleh hilang nyawa jadinya. Tetapi kalau nak cerita bab penakut orang perempuan ni, boleh lompat sampai tercangkung atas meja jadinya kalau terlihat anak tikus yang melintas depannya, kalah 'spiderman' dibuatnya, boleh bergayut melekat kat "grill" tingkap jadinya, mengalahkan "cicakman" dibuatnya. Tetapi dek suaminya, penakutnya entah hilang kemana walaupun berhadapan dengan sang pembunuh, iaitu sang raja rimba. Sebab apa ya, fikir ku pula. "Itulah perempuan", teringat kata-kata ibu kesayanganku dengan selamba dan senyum manisnya di satu ketika, "perempuan ni kalu dah kahwin, dia beri hatinya 100% pada suaminya walaupun dia belum pasti berapa peratus suaminya beri padanya, sebab itu dia tahan uji."

Betullah, kalau kita beri 100% pada sesuatu kita tidak akan kalah dengan ujian-ujian bahkan menjadi semangat untuk sentiasa berjaya.

Aku pula......

jadikanlah setiap hari, Hari Kekasih.....nikmathttp://www.blogger.com/profile/04500558236529896361noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4402104484629038180.post-49290533841729929612011-01-10T00:29:00.004+08:002011-01-15T08:01:15.292+08:00Renung dan fikirkan........Artikel ini saya paste dari fb sebab rasanya menarik untuk difikir-fikirkan, kemudian saya edit sikit bahasanya supaya ayatnya lebih 'lembut' sikit dari yang asal, itu pun beberapa perkataan sahaja, yang lain masih 'original' dan masih dikira 'copyright'lah.

"ISLAMKAH AKU???

Salam...

Artikel ni aku copy dan paste from blog Otak dan Lutut...Adalah tanggungjawab aku menyebarkannya....

Pernah dengar cerita Aisyah Bukhari yang murtad tak lama dulu? Suratkhabar banyak menutup kes ini kononnya untuk menjaga perkauman, tak nak terjadi kacau bilau. Kes Aisyah yang murtad dan banyak kes murtad lain ditutup sedemikian rupa atas alasan bercinta, ikut boyfriend.

Cerita yang akan saya bawa ini agak panjang tetapi sekiranya kamu seorang Islam yang peka dan sayangkan agama kita Islam, buatlah sesuatu, paling kurang fowardkan email ni kepada saudara kita yang tak tahu menahu.. Ataupun selemah-lemahnya, berdoa agar kita semua serta saudara-saudara kita terselamat daripada fitnah akhir zaman yang paling besar ini.

Ini bukan cerita rekaan saya tetapi hanya petikan dari ceramah yang saya dengar dari mulut peguambela kes ini Zulkifli Nordin di Madrasah Hidayah. Murtad dikalangan orang Melayu kini sudah menjadi ancaman kepada kita. Indeks pencemaran akidah mengikut jabatan statistik dan perangkaan Tahun 1989 aje, 4776 orang Melayu mohon tukar nama dari Melayu kepada bukan Melayu atas alasan keluar dari Islam.

Tahun 1997, bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk Hashim Yahya, perkara pertama yang disentuh adalah murtad. Menurutnya sehingga Julai 1997, 3,000 orang murtad di KL sahaja. Tahun 1998 saja, 516 orang sudah murtad. Aisyah bukan kes pertama murtad, sebelum ini dah beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu.

Setakat kes Aisyah, dah 40 fail murtad dikendalikan oleh saudara kita Zulkifli Nordin. Mengapa kes Aisyah ini kita rasa ralat sangat? Kes ini satu simbol yang tunjukkan pada kita orang Melayu. Sistem pertahanan akidah kita amat rapuh. Akidah kita diserang ditubi dari segala sudut. Yang kita tak nampak dengan menggunakan system perundangan dan kehakiman kita sendiri.

Kes ini boleh dilihat dari 2 sudut.

1.Bagaimana orang macam Aisyah boleh murtad2. Bagaimana orang bukan Islam boleh menggunakan sistem kehakiman kita untuk merampas anak orang Islam untuk dimurtadkan?

Apa yang berlaku kepada Haji Bukhari setelah 25 tahun didik anak dengan pengisian Islam yang hebat. Sedang dia mengimamkan sembahyang terawih di masjid tahun 1997 anak dia sedang dimurtadkan dirumah.

Aisyah adalah gadis Melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu yang sepatutnya. Dalam keadaan macam tu, dia takkan murtad. Dihantar ke sekolah agama, dia belajar hingga tingkatan 6 atas dan boleh melayakkan diri jadi ustazah kalau dia hendak, dan layak melanjutkan ke peringkat Universiti Al Azhar kalau dia hendak . Dia dibesarkan dalam suasana yang bapanya imam. Datuknya juga imam yang dah berpuluh tahun imam Haji Tahir. Dia juga hafal surah Yasin. Dalam ertikata, tahu ayat apa, surah ke berapa yang dibacanya, ayat apa yang jadi azimat, semua dia tahu. Itu hebatnya Aisyah. Surah Sajadah pun dia hafal ... Masuk ITM dia terlibat dalam gerakan Islam. Dia didedahkan dengan gerakan Islam, dia tahu kelemahan-kelemahan Bible.. Dari segi keterampilan, dia budak perempuan Melayu seperti biasa, pakai tudung dengan baju kurung bunga-bunga. Takde apa yang pelik pada dia, duduk di lembah keramat AU5C. Kakak dia pun macam itu juga keterampilannya. Tiap-tiap hari telefon bapanya lapor isu terkini. 2 tahun di KL begitu. Hari terakhir dia telefon 19 Nov 1997,

“Assalamualaikum ayah! Ni Intan (nama manja) cakap. Intan nak bagitahu, Intan dah Kristian.”

Bayangkan hati seorang bapa. Kita sendiri heran macamana dia boleh murtad. Aisyah adalah simbol anak Melayu yang telah dididik dengan begitu rupa boleh murtad. Apa yang Haji Bukhari boleh buat? Airmata sahaja modal dia. Masuk TV menangis, keluar radio menangis, pergi forum menangis apa yang dia boleh buat? Semua dokumen mahkamah akan jadi bahan arkib termasuk permohonan bukan Islam itu minta Aisyah dibebaskan untuk dimurtadkan ..

Butir asal permohonan.. ....

Permohonan ini dibuat oleh Lennet Teoh Hui Leong seorang peguam CinaKristian. (Read Herbes Corpes bawah bab 36 kanun acara jenayah). Tujuan untuk membebaskan seorang yang didakwa ditahan secara salah. Sebarang permohonan seperti ini perlu bagi sebab mengapa didakwa tahan secara salah. Permohonan dibuat bawah bab 36 atas alasan Article 11 Perlembagaan Persekutuan. Iaitu hak kebebasan beragama. Tiada langsung soal kahwin timbul. Permohonan tu menyatakan, perenggan 6, bertarikh 28November 1997 di Makamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur bahagian jenayah.

Sebab yang dia beri, 'Saya Lennet Teoh Hui Leong telah dilantik oleh Nur Aisyah untuk memberi nasihat kepadanya berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada Kristian dan atas arahannya saya telah menyediakan surat sumpah untuk Nur Aisyah menolak dan meninggalkan agama Islam.'

Perenggan 23: 'Saya Lennet Teoh percaya bahawa Nur Aisyah sedang dikurung secara salah oleh keluarganya. Saya percaya tindakan ibubapa, abangnya dan bapa saudaranya telah melanggar hak kebebasan Nur Aisyah menganut agama pilihannya iaitu Kristian Khatolik'.

Kita tak boleh buat apa-apa sebab article 11 Perlembagaan Persekutuan menyatakan mana-mana warganegara Malaysia yang telah cukup umur (18tahun) berhak mutlak menukar gamanya. Itulah perlembagaan kita yang memerdekakan orang Melayu kita tahun 1957. Perlembagaan itulah juga yang menjerut kita sendiri. Adakah anak cucu kita akan selamat dengan perlembagaan itu? Bila berlaku pertembungan antara hukum syara' dengan undang-undang sivil, undang-undang syara' akan terbatal. Maksud agama rasmi kita Islam adalah acara-acara rasmi hendaklah dibuat mengikut cara Islam. Contohnya perlantikan sultan, rasmi parlimen dll. Tak lebih dari itu. Bab kehidupan, politik, ekonomi.... semua tak termasuk.

Article 4 pula menyatakan: 'Mana-mana undang-undang yang bertentangan yang bercanggah dengan perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah. Ini termasuklah hukum syara'.

Contoh kes Hartina Haji Kamarudin.

Pada masa ceramah ini dibuat, Haji Kamarudin ada dalam lokap, didakwa mencederakan seorang Lelaki India bukan Islam kerana memurtadkan anaknya.. Anak yang dibela selama 18 tahun dengan begitu susah payah datang ke Rumah dalam keadaan Hindu.

Haji Kamarudian seorang penjual sate di Perak. Beliau lepaskan anaknya selepas 18 tahun ke KL untuk cari kerja. Tak terlintas langsung di kepalanya anaknya akan murtad. Tak sampai 9 bulan, Hartina balik ke restoran bapanya dalam keadaan Hindu dengan nandek kat dahi . Bukan itu saja. Anak yang dimanjakan begitu rupa balik mencabar bapanya, bawa boyfriend dan kawan-kawan boyfriendnya sambil berpeluk-p eluk dalam keadaan dia pun dah Hindu dengan nandek. Haji Kamarudin takek si bukan Islam tu kat tengkuk, menggelupur dia depan kedai tu.

Haji Kamarudin juga dipelupur oleh kawan-kawan si India tu sampai nak pengsan. Adik lelaki Hartina umur 16 tahun turut kena belasah kerana nak menyelamatkan akidah kakaknya depan kedai tempat bapanya meniaga.

Apa Hartina buat masa tu? Hartina papah kekasihnya dan biarkan bapanya menggelupur sendirian. Tak cukup dengan itu, dia pergi ke balai polis buat report bapak dia pukul boyfriend dia. 14 hari Haji Kamarudin dengan adik lelaki Hartina merengkok dalam lokap sebab report anak kesayangannya yang mempertahankan kekasih Indianya. Tak cukup dengan itu disaman pula bapanya 3 juta. Remuk hati seorang bapa yang diheret ke penjara kerana anak sendiri. Tak cukup lagi, dia telah menghina bapanya dengan menukar nama Hartina Haji Kamarudin kepada Nivasni Rajeswari. Nama Hindu.

Semasa masih terlantar kat hospital (akibat dipukul lelaki India ), Haji Kamarudin ditangkap polis semula sebab Lelaki India ditembak oleh seorang yang tak dikenali. Jadi, Haji Kamarudin, anaknya dan anak saudaranya kena kurung masuk lokap kerana menjadi suspek utama kes tembakan tersebut. Anak yang ditatang begitu rupa akhirnya menyebabkan dia merana dalam keadaan hina di dalam negara yang negara Islam!! Haji Kamarudin juga dikenakan berbagai tuduhan. Setakat itu saja, 4 tuduhan.

Yusof Qardawi dalam kitabnya menyatakan hendaklah mempertahan akidah hatta dengan nyawa sekalipun.. Itu yang Haji Kamarudin buat dalam mempertahankan hukum Allah, dilokap sedemikian rupa.

Lagi satu kes lain saudara baru kita, nama Yusof bin Abdullah , nama asal Hindunya Santana. Ada seorang isteri, namanya apa entah.Ada anak lelaki, nama Sunjay kalau tak silap. Usia 2 tahun masa tu. Ajak isterinya masuk Islam. Abangnya telah lebih 20 tahun masuk Islam. Isterinya kata ?eh!? Yusof bawa anaknya sekali masuk Islam dengan nama Mohamad Syazani bin Yusof. Dia hidup 2 beranak tu selama 2 tahun. Lepas 2 tahun si minaci datang semula dan bawak lari anak ini ke KL dengan boyfriend barunya.Yusof tak tahu apa nak buat, dia minta mahkamah syariah Alor Setar keluarkan perintah penjagaan hak ke atas anaknya.

Mahkamah pun bagi. Dia pun datang ke KL dan ambil balik budak tu. Si emak ni pergi mahkamah tinggi KL mintak hak jaga anak. Mahkamah tinggi bagi pada si minachi ni. Heran sungguh. Bila si minachi ni tak dapat nak ambil balik budak tu, dia pergi report polis. Tahu polis buat apa? Cari Yusof dan tangkap! (padahal Yusof dapat hak penjagaan daripada mahkamah syariah Alor Setar).. Yusof masuk lokap 8 hari.

Lepas tu polis ambil balik budak tu kasi pada emaknya. Hari ini, budak tu kembali jadi Hindu. Tak cukup dengan itu, kurang ajarnya si minachi ni, dia minta pulak mahkamah tinggi batalkan perintah jagaan anak yang dikeluarkan oleh makamah Syariah Alor Setar yang diberi pada Yusof.

Dalam kes Suzie Teoh, seorang budak perempuan dari Kelantan umur 16 Tahun telah peluk Islam atas kerelaan sendiri. Bapa dia tak suka, lepas tu saman anak sendiri dan saman Majlis Agama Islam Negeri Kelantan, heret anak dia ke mahkamah persekutuan. Dia mohon pada makamah, agar istiharkan anak dia masuk Islam tak sah.

Masa tu, Tun Salleh Abas yang jadi hakim. Beliau seorang yang alim dan warak. Bila dihadapkan dengan kes Suzie Teoh, menangis Tun Salleh Abas. Terpaksa buat perisytiharan. 'Dibawah Perlembagaan Persekutuan, hak seorang anak tertakluk dibawah jagaan ibubapanya selagi belum cukup 18 tahun. Kalau nak tukar agama, kena minta kebenaran ibu bapanya. Semasa Suzie Teoh masuk Islam, berumur 16 tahun. dia tak sah peluk Islam.' Atas kearifan dan iman Tun Salleh Abas, dia simpan fail tu dalam lacinya selama 2 tahun. 2 tahun kemudian, lepas hari jadi Suzie Teoh yang ke 18 tahun, dia buka balik kes itu dan bagi peluang Suzie isytiharkan agamanya sendiri. Penuh mahkamah nak tahu kes tu; wartawan tempatan, wartawan asing semua nak dengar keputusan. Terketar-ketar budak tu. Baru umur 18 tahun. Sambil menangis, budak tu kata ' Saya yang arif, kekal dalam agama saya, saya masih nak nama Nur Aini.' Maka Tun Salleh Abas pun dengan bangga mengisytiharkan Islamnya sah dengan namanya Nur Aini. Selamat akidah seorang budak. Sebab itu jugalah Tun Salleh Abas kena buang atas 5 tuduhan... Tuduhan kedua atas sebab melengahkan kes seorang budak tanpa sebab selama 2 tahun. Itulah harga yang Tun Salleh Abas terpaksa bayar.

Kes terakhir sekali yang paling teruk, kes saudara Ibrahim, isterinya Siti Solehah dan anak perempuannya usia 5 bulan mati dipancung kerana tidak mahu kembali kepada agama asalnya, Hindu. Pada malam hari Valentine 14 Februari, pada waktu anak Melayu bertukar tukar bunga di Dataran Merdeka. 3 Saudara kita mati dipancung dalam sebuah kontena demi mempertahankan agama.

Peristiwa 13 Mei tercetus apabila seorang budak Melayu dibunuh kerana dia Melayu bukan kerana dia Islam. Dalam sejarah Melayu, tiada lagi orang Melayu dibunuh kerana Islam. Semuanya sebab Melayu. Inilah pertama kali.

Jika kita sorot semula sejarah Islam Yasir, bapa kepada Amar diseret di hadapan.. Amar diugut supaya tukar agama. Kalau tidak, bapanya Yasir akan dibunuh. Amar kata,'Allah hu Ahad'.. Terus Yasir kena pancung di padang pasir. Kemudiannya, Sumaiyah ibunya juga disula dari bawah tembus ke jantung. Mampu berkata 'Allah hu Ahad'. Berlari Amar menemui Rasullullah SAW. Dan akhirnya, mengikut sejarah, Amar menjadi seorang mujahid berperang bersama Rasullullah SAW. Itu zaman puak Quraisy kafir berkuasa. Rasullullah SAW tiada kuasa lagi pada masa itu.Rasullulah tak boleh buat apa.

Dalam kes kita, bukan sahaja Ibrahim dipancung kepalanya sehingga putus, tak cukup lagi, tangannya juga turut dipotong. Sehinggakan Majlis Agama Islam Selangor terpaksa minta masjid mandikan jenazah saudara-saudara kita yang mati syahid itu. Apalah dosa anak kecil yang berusia 5 bulan itu? Ibrahim dan Siti Solehah bukan calang-calang orang. Ibrahim seorang saintis Pakar Geologi manakala isterinya Siti Solehah, seorang Pakar Botani. Tanda-tanda syahid jelas pada ketiga mayat tersebut. Walaupun 5 hari dalam peti sejuk darah masih memancut keluar pada ketiga-tiga mayat. Bayi yang berusia 5 bulan masih mengalirkan darah hangat seperti baru mati. Peluhterpercik pada dahi mereka. Mereka dikebumikan di kubur Bukit Kiara.Kalau saudara semua tak mengalirkan air mata melihat kubur merekabertiga terutama bayi yang berusia 5 bulan itu, mesti ada yang tak kena dengan hati kita Hebat mana kita sehingga tak boleh mempertahankan saudara kita sendiri Sedangkan Ibrahim telah melaporkan pada pihak polis dan Majlis agama yang dia diancam untuk dibunuh supaya kembali ke agama asalnya.

Dalam satu hadis yang berbentuk futuristik (masa depan), Rasulullah SAW berpesan 'Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepad a umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak'. Sahabat bertanya 'Apakah fitnah besaritu ya Rasullullah? ' 'Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu,pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir balik.' Sahabat bertanya lagi. 'Mengapa begitu ya Rasullullah? ' Rasullullah SAW menjawab, ?Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia'.

Imam Ghazali pernah berkata dalam perkara ini, 'Akan datang fitnah murtad ini dalam keadaan seperti semut hitam di atas batu hitam di malam gelap.' Mana nampak?Kecuali kalau jiwa kita tengok satu perkara dengan cahaya keimanan.

Bagaimana gerakan murtad ini berjalan di Malaysia sehingga kita taknampak langsung. Gerakan Hindu kita tok sah sebutlah Belum habis cakap, dah ada yang tunggu dengan parang kat luar. Gerakan Yahudi lagilah teruknya. Henry Ford (orang kaya yang buat kereta Ford tu) pernah menulis berkaitan Yahudi tahun 40an atau 30an dulu dalam bukunya 'International Jew' (tak Silap saya).

Unsur Yahudi begitu tebal dalam masyarakat kita tapi kita tak nampak. Paling nyata, rokok yang orang kita hisap tu. Setiap satu batang itu ada saham kepada puak Yahudi. Tak de kilang rokok yang bukan Yahudi punya. Sapa yang hendak berenti merokok, ambil ni sebagai iktibar.Yahudi punya kerja, baru letak bola sebijik, 70 ribu Melayu tak sembahyang kat stadium Shah Alam. Belum kira yang kat rumah lagi.

Bab Kristian, lebih terancang, lebih terperinci lagi. Semenjak kalah dalam perang salib terakhir, iaitu dalam pemerintahan King entah apa nama ke 6 yang terakhir. Sebelum dia mati, dia telah berwasiat dan wasiatnya ada ditulis dengan emas di London . Dia berkata: 'Kepada semua pemimpim-pemimpin Kristian, kita hari ini telah melakukan kesilapan besar, kita berperang dengan tentera Islam dengan pedang, bukan berperang dengan akidah yang ada pada mereka. Sebab tu Islam menang walaupun 30 ribu tentera mereka dengan 300 ribu tentera kita, merekatetap menang sebab mereka (orang Islam) berperang kerana nak mati. Kita perang untuk hidup. Oleh itu, hendaklah kita tukar strategi. Melancarkan peperangan ideologi, fahaman dan budaya keatas orang Islam.'

Wasiatnya berjaya dilaksanakan setelah King tu mati, 1492, kerajaan Islam Andalusia yang paling agung pada masa itu tumbang di tangan Kristian. 1511 kerajaan Islam Melaka tumbang, tak lama lepas tu, tumbang kerajaan Islam Pattani . Tak lama selepas tu, tumbang kerajaan Islam Kedah . Tak lama lepas tu,tumbang kerajaan Islam Mindanao ..Lepas tu kerajaan Islam Acheh ... semuanya satu demi satu..

Macamana benda ni boleh terjadi?

Sebab gerakan Kristian berdasarkan kepada 3G. GOSPEL,GOAL, GLORY . Pertama kitab dia, kedua kekayaan kita, ketiga menang terhadap Islam. Kalau kita tengok sejarah, Alfonso De Albuqueque bukan datang ke Tanah Melayu bawa tukang masak sebab nak rempah kari kita. Dia bukan makan kari, di a datang bawa mubaligh Kristian Francis Xavier (kalau saya tak silap eja), sebab nak sebarkan ajaran Kristian.

Bagaimana cara dia sebarkan Kristian nih?

Orang kita panggil, gerakan halus.Dia panggil semua mubaligh Kristian yang nak datang ke Asia ni. Dia guna kaedah 'garam dan ragi'. Garam sebagai perasa, ragi untuk penapaian. Contohnya ubi kayu. Waktu siang asalnya ubi kayu kita letak ragi, esoknya masih lagi bentuk ubi kayu tapi sebenarnya tapai. maksudnya, dia kekalkan orang Melayu dengan identiti Islam. Hakikatnyakehidupan kita bukan cara Islam lagi . Cara inilah yang Rasulullah SAW kata macam kepingan hitam di malam gelita. Inilah yang Imam Ghazali kata macam semut hitam atas batu hitam di malam gelita tu.

Pertama, melalui sistem pendidikan. Di Malaysia, macam-macam sekolah dengan nama mubaligh Kristian. Convent itu, Saint ini. Menurut satu petikan seorang mubaligh Kristian pada masa itu yang ditulis semula oleh George Peters dalam sebuah buku tahun 40an. Kepada mubaligh-mubaligh Kristian yang nak datang ke negara kita, berkaitan pendekatan garam dan ragi'. Pendekatan seperti ini tidak memerlukan seorang Muslim Melayu berkenaan meninggalkan system kemasyarakatan yang dituntut oleh agamanya. Sebaliknya orang tersebut hendaklah digalakkan terus tinggal dalam masyarakatnya. Justeru itu, ragi tetap ujud dalam keutuhannya. Dia akan menjadi bagaikan sebuah lampu (Kristian) yang diletakkan dalam gelap. Penyebaran agama Kristian nanti akan terserlah dalam sifat kerohanian, bukannya organisasi. Dirasa kesegarannya, bukan bersikap kalam. Dinamik dan etikal, bukan bersifat formalistik.

Pendekatan begini telah memperlihatkan kebaikannya. Lantaran ia tidak menganjurkan ahli Melayu tadi menjadi ahli baru Kristian yang formal, menyendiri terpisah dari masyarakatnya. Sebaliknya ia memberi laluan agar dapat dimasukkan semangat dan ajaran Jesus bagaikan sebutir ragi yang bertindak dengan proses penapaiannya ke atas seluruh masyarakat Melayu seluruhnya.

Ajaran Kristian akan bertindak melahirkan revolusi , justeru itu nanti,dapatlah dikatakan bahawa kita nanti akan memperolehi satu Kristian muslim Melayu tempatan yang mencerminkan Kristian muslim Melayu sejati.. 'Sebenarnya dia ingin. Akan datang suatu masa nanti, orang Melayu sendiri tanpa dipaksa-paksa akan buat revolusi untuk menjadi Kristian. Cara kebajikan pulak... Hari ni sapa tak kenal kelab rotary yang cuci buah pinggang,kelab lion, bulan sabit merah, Saint John's Ambulans, sapa tak kenal palang merah. Mereka masuk dengan cara menghidupkan sekularisme. Sekularisma adalah satu cara mengasingkan agama daripada kehidupan. Itulah kita hari ni mengasingkan Islam daripada kehidupan dunia. Cara lain adalah dengan menghidupkan maksiat. Kita kena ambil tindakan samada dengan tangan, dengan mulut, atau paling lemah sekali, dengan hati.

Bangun malam buat sembahyang hajat agar kita semua diselamatkan dari fitnah besar ini. Paling kurang pun, fowardkan artikel ni kepada saudara kita yang lain yang tak tahu menahu tu. Kita kena peka. Ini semua tanggung jawab kita semua.

Akhir sekali,artikel ini tiada kena mengena dengan ceramah nak berkempen politik atau apa saja. Sekadar meniupkan semangat perjuangan dalam diri kita yang mengaku Islam ini. Ni lah masanya kita bangkit pertahankan agama Islam sebelum terlambat.

by: ash shababunnajah"nikmathttp://www.blogger.com/profile/04500558236529896361noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4402104484629038180.post-3253543614420825262010-12-31T23:53:00.003+08:002011-01-04T03:51:15.753+08:00duit, ibu, duit ibuTuhan sebenarnya menguji manusia dengan berbagai bentuk ujian. Salah satu yang paling banyak dalam banyak-banyak ujian ialah harta atau duit. Aku ada cerita benar yang menjadi pengajaran kepada ku dan harap menjadi pedoman juga pada yang lain.

1. Beberapa minggu yang lalu aku pulang ke Kota Bharu kerana menyambut kepulangan sepupu ku pulang dari Tanah Suci, dua orang sepupu lelaki. Mereka pergi berdua beradik (3 orang sebenarnya sebab yang seorang bawa isteri bersama), yang si adik, rezekinya dikurniakan Allah lebih sedikit dari si abang, dengan murah hati membiayai si abangnya. Mereka pergi dengan pakej swasta, mahal jugalah. Alhamdulillah itulah yang dikatakan adik beradik, tidak kedekut dan lokek dengan harta, sanggup dibahagi-bahagikan dengan yang lebih memerlukan walaupun dia sendiri bukannya kaya, manusia biasa sahaja, makan gaji sahaja, non-graduate pula tu, bukannya “ber uang” (pinjam bahasa Indonesia, hehehe).

Al-kisahnya, yang si abang ini memang selalu diuji dengan wang, pertama sekali berlaku beberapa tahun lalu bila mana semasa dia hendak mengambil wang melalui mesin ATM, tekan-tekan sahaja ATM, tengok-tengok banyaknya kosong. Tenyeh punya tenyeh mata, pun dok nampak banyak tu juga angka kosongnya, maklumlah semua pun tahu kita sendiri pun yang selalu dok nampak angka dalam mesin ATM kita tu angka kosong tu sikit sahaja, sebiji dua sahaja. Ada ketikanya angka kosong tu pun tidak ada langsung (apatu?.. yang disebut dalam matematik, rumah ‘sa’, hehehe..). Congak punya congak seingatnya ada RM200.00 sahaja baki dalam akaunnya, tetapi tertera RM60,200.00, bulat mata kawan tu jadinya.

Kerana ingin tahu dia cuba keluarkan RM2000.00. Grekkkkkkkkk……..mesin tu berbunyi (dok mengira duitlah kot) dan tup tup keluar RM2000. Terus sahaja dia menelefon aku.

“Abang Min, bla bla bla…… Habih tu nak buat lagu mano ya?”, gitu lah katanya pada ku.

“Gini Man, mudoh cerito, masuk jupo pegawa bank, tanyo dio”, kata ku tetapi dia kata nak tengok dulu macam mana, bukan salah dia, katanya.

Dipendekkan cerita, sebulan kemudian dia dapat panggilan telefon dari pengurus bank dari Alor Setar menyatakan duit itu sebenarnya tersalah masuk ke akaunnya, duit tu diserahkan balik dan pengurus tersebut minta dia pindahkan RM59,600 sahaja, RM400 tu hadiah peribadi pengurus tersebut sebagai tanda terima kasih kerana ‘menjaga keselamatan’ duit tersebut. Memang pun, kerja dia sebagai pengawal keselamatan di salah sebuah pasaraya di situ.

Yang kedua ialah seperti yang dikatakan tadi, dibiayai sepenuhnya ke Tanah Suci, yang itu ku anggap bukan sebagai ujian padanya tetapi sebagai anugerah, tetapi ujian kepada adiknya (kesanggupan membiaya, bukan hutang ni...), RM 20 ribu lebih tu banyak tu. Alhamdulillah, aku bangga mempunyai adik beradik yang budiman begitu.

Ujian yang seterusya, ialah semasa dia berada di Tanah Suci. Semasa hendak duduk dalam bas, diangkatnya satu sampul surat atas kerusinya. Nampaknya berisi, lalu dibuka sampulnya, nah…duit, tersusun elok sahaja. Mesti itu duit jemaah yang menaiki bas sebelumnya yang tertinggal.

“Ehhhh…, eeeee….., aiii………., kang…., kang……., “ gitulah kata hatinya, banyak juga ‘A’nya, banyak juga ‘E’nya dan banyak juga ‘I’nya, maklumlah RM10,000.00, bukan sedikit tu.

Namun diberitahu kepada syeikh hajinya dan meninggalkan pesan jika ada siapa yang kehilangan supaya menuntut wang itu darinya. Alhamdulillah, beberapa hari kemudian datanglah hamba Allah yang menjadi penyebab kepada ujian Tuhan itu datang menuntut wangnya darinya dengan penuh gembira dan syukur.

2. Yang ini pula kisah mengenai kenalanku (beberapa orang, lebih dari dua oranglah tu). Ada yang “bussinessman” dan ada juga yang ‘makan gaji’. Tetapi mereka ini mempunyai ujian yang sama iaitu ‘pinjam duit ibu’, ada yang puluhan ribu dan ada yang ribu-ribu sahaja. Ibu kita ni bukannya boleh tengok anak-anaknya dalam kesusahan, pujuk-pujuk sikit, berpisahlah dia dengan uangnya (pinjam bahasa Indonesia pula, hehehe) bila diberi janji manis untuk melunaskan bila dapat balik modal, gitulah gamaknya.

Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun berlalu…..

Yang dok berniaga nampak makin senang, yang makan gaji pun gaji makin naik, masing-masing bertukar perabot, masing-masing bertukar kereta, masing-masing ber”makan angin” tetapi si ibu masih macam dulu lagi, perabot macam dulu, kereta pun macam dulu (tiada kereta pun) dan bukan ber’makan angin’ tetapi ber’makan hati’ menunggu kembalinya ‘barang’ yang berpisah darinya itu. Nak diminta pun gitulah, anak…..

Dipendekkan cerita, sekarang ini si anak-anak (bukan budak-budak maksudnya) ni nampaknya semakin lama semakin ‘susah’, berbagai musibah datang bertimpa-timpa, penyakit dan kehilangan, untung sedikit, yang ruginya dan hutangnya pula semakin banyak dan tak berbayar pulalah jadinya… Yang pastinya bukannya disebabkan oleh doa ibu tetapi ingatan dari Tuhan kerana limpahan kasih sayangNya supaya sedar, ku kira.

3. Yang ini pula kisah orang yang sangat ku kenali, katanya penutup tahun ini dia diuji dengan satu ujian yang sangat berat, kemuncak stres dalam kehidupannya yang melibatkan kewangan. Pada masa itulah dia kehilangan kawan karibnya, kerana tidak dapat menolong memberi dana diminta di saat hidup mati perniagaannya, katanya. Ada insan kesayangannya pula yang berkecil hati, janji untuk memberi modal perniagaannya tidak dapat dipenuhi, kerja dah berhenti, dah letak jawatan katanya. Beberapa perancangan yang gagal, implikasi kerugian yang yang besar jika ‘dateline’ di bulan Disember lalu tidak dapat dipenuhi dan keuntungan yang lumayan yang terpaksa terlepas. Semua itu gara-gara dia menolong ibunya yang sedang tersepit dalam satu urusniaga yang tidak dirancang. Mengapa semuanya datang meminta darinya, banyak pula tu, mengapa ianya berlaku ‘serentak’, semua itu berlaku dengan kronologi yang begitu tersusun rapi bagai ada satu ‘tangan’ yang merancangnya menyebabkan ianya begitu perit, tidur bangunnya dan makan minumnya terganggu, mungkin itulah yang dinamakan ujian.

Alhamdulillah, awal tahun 2011 ini, tak diduga masalah tersebut dapat diselesaikan berperingkat-peringkat, pertengahan Januari sepenuhnya, bahkan dapat “offer” projek baru, katanya, Alhamdulillah. Dia sedar semua itu adalah berkat doa seseorang, siapa ya? Siapa?.........

Aku pula bagaimana ya, antara duit, duit ibu, ibu duit? Tak ku kisah semuanya, yang pastinya… sayang ibu, you are everything to me….nikmathttp://www.blogger.com/profile/04500558236529896361noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4402104484629038180.post-40956809101424372132010-12-20T08:52:00.001+08:002010-12-21T16:43:23.923+08:00BETUL-BETUL BENARSepanjang perjalananku pada masa cuti sekolah ini, banyaklah juga masjid dan surau yang ku kunjungi.

Emmmm……….. macam-macam gelagat manusia yang ku lihat di situ… Yang nampak kaya, yang nampak miskin, yang nampak warak, yang nampak kurang warak, yang solat berkepala bogel, yang berkopiah, yang bersongkok, yang berserban besar, yang berserban tok alim, yang solat nampak sempurna, yang solat macam budak darjah 3, yang pakai jubah, yang pakai kain pelikat, yang pakai seluar ketat baju masuk dalam (“masa rukuk nampak punggung macam kuda”, bukan aku yang kata tetapi ‘statement’ seorang guru yang memberi satu kuliah di sebuah masjid ). Selepas solat ada yang terus berlalu, ada yang bersalam memandang wajah kita, ada yang menggenggam tangan kita dengan erat, ada yang bersalam dengan wajah yang manis penuh ukhuwah (entah betul ke ejaan ku ini, maklumlah bukan pandai Arab), ada pula yang bersalam mencuka…..

Itulah yang dapat dilihat dengan mata, tahap mana kualiti ibadat, tiada siapa yang boleh menilai melainkan Allah jua. Manusia menilai daripada yang kelihatan di mata namun keikhlasan itu dilihat Tuhan, kerana itu manusia buta melihat keikhlasan dengan mata. Hanya Tuhan yang Maha Melihat, oleh itu apa yang dilihat kita belum pastinya BENAR dan BETUL.

Condong atau tegak bangunan dinilai oleh mata,

Cantik atau buruk satu lukisan dinilai oleh mata,

Terang atau gelap alam dinilai oleh mata,

Suka atau duka pada wajah dinilai oleh mata,

Kecil atau besar bungkusan dinilai oleh mata,

Kaya atau miskin manusia dinilai oleh mata

Jauh atau dekat jarak dinilai oleh mata,

Tinggi atau rendah gunung dinilai oleh mata

Putih atau hitamnya warna dinilai oleh mata,

KeBENARan di mahkamah dinilai daripada seorang saksi yang melihat pada kejadian, bukan daripada seribu saksi yang melihat pada keikhlasan.

Oleh itu, insan yang tak seberapa ini menasihati diri, berhati-hatilah dengan apa yang kelihatan. Orang melihat tidak seperti apa yang kita lihat dan apa yang kita lihat itu tidak semestinya BENAR.

Yang pastinya…….

Niatlah dengan niat yang BETUL,

Bermatlamatlah dengan matlamat yang BETUL,

Mulalah dengan langkah yang BETUL,

Menangislah di bahu yang BETUL,

Ketawalah bersama kawan yang BETUL,

Nasihatilah dengan nasihat yang BETUL,

Beradalah di tempat yang BETUL,

Carilah waktu yang BETUL,

Berpegang teguhlah pada hukum yang BETUL,

Ingatlah bahawa

Al Quran itu BENAR

Islam itu BENAR dan

Allah itu BENAR

Insya Allah akan menghasilkan natijah yang BETUL

Kerana jika selain dari itu akan sentiasa ada syaitan-syaitan yang sentiasa berlegar-legar di sekeliling kita untuk memberikan bisikan dan pujukan supaya kita sentiasa menciptakan alasan untuk memBENARkan yang BETUL-BETUL salah.

Dari aku yang BETUL-BETUL takut…..nikmathttp://www.blogger.com/profile/04500558236529896361noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4402104484629038180.post-71596568846610081972010-11-30T12:30:00.001+08:002010-11-30T15:19:12.713+08:004 days.....Adik ku sekeluarga dan bonda tersayang dari Kota Bharu datang bercuti di rumahku di Bandar Baharu, gembira hati ini tiada dapat digambarkan kerana adik ku yang seorang ini memang cukup susah nak keluar dari Kelantan untuk bercuti.

Hari 1:

Banyak perkaralah yang diperkatakan ketika dok bersembang beramai-ramai selepas makan malam, antaranya ialah tentang rumah yang sebelum ini aku telah memperuntukkan sejumlah wang untuk membeli daripadanya, walaupun pada hakikatnya rumah itu aku sudah hilang minat untuk membelinya pada ketika ini, entahlah… macam mana nak ku putuskan, sudah janji .

Antara yang menarik perhatian ku juga ialah tentang “perniagaan Pokke @Pokko”. Aku memang berat nak percaya, begitu juga adik ku ini. Tetapi katanya dia melihat bukti beberapa orang yang berjaya dapat ratusan ribu dan mengenali secara dekat beberapa orang ejen yang berurusan membeli cicak pokke tersebut untuk dihantar ke luar negara, janji ada barang, bayaran akan dibuat. Wallahualam, susah aku nak percaya.

Hari 2:

Antara topik pada malam ini ialah mengenai kisah supupu-sepupuku di Kota Bharu. Bayaran sudah dibuat tetapi janji nak pindah masih bertangghuh-tangguh lagi, semua sepupuku sebelah yang satu lagi jadi pening kepala. Sebabnya, bapanya menyatakan arwah nenek mereka berjanji untuk menyerahkan kepada mereka tetapi tidak ditunaikan semasa hidup, dan berbagai-bagai lagi kisah ataupun “alasan”. Semua itu tidak dapat dipastikan kerana tiada hitam putihnya, hanya sebagai andaian dan kononnya sudah menjadi janji, Wallahualam, Allah jua yang mengetahui. Aku nak mereka datang bawa cerita yang “enjoy-enjoy’ sahaja,jadi aku hanya angguk-angguk dan senyum sahaja, tak tahu nak cakap apa, no komen.

“Abang Min tolong selesaikanlah masalah mereka, dulu Abang Min dapat selesaikan kemelut yang pernah melanda mereka. Abang Min suruh salah seorang pergi minta maaf ke, atau macam mana sehingga mereka saling bermaafan dah? Kami rasa seronok setelah sekian lama melihat mereka bertahun-tahun tidak bertegur sapa”, pohon adikku agar kemelut itu berakhir.

“Abang Min tak paksa dan tak suruh pun, hanya Abang Min minta mereka ingat, tidak rugi jika sesiapa yang memulakan dahulu memohon maaf dan memberi kemaafan, itu sahaja”, balas ku menceritakan kisah yang sebenarnya berlaku.

Walau bagaimana pun, janji ku kali ini, sebagai “abang sulung” akan ku cuba, kerana apa jua kemelut yang melanda jika masing-masing ingat Tuhan itu BENAR, ingat Al Quran itu BENAR, ingat hidup sesudah mati itu BENAR, insya Allah akan membawa natijah yang baik.

Hari 3

Menunaikan janji ku untuk membawa mereka makan-makan dan berjalan-jalan di Pulau Mutiara. Sehari suntuk di sana dan pada malamnya terus bawa balik ke Parit Buntar, makan char koe tiaw, seperti dijanjikan. Tiada sembang-sembang lagi malam itu kerana masing-masing keletihan dan terus tertidur.

Hari 4

Hari ini aku berjanji untuk membawa mereka pulang ke Kota Bharu dengan selamat dan penuh dengan kenangan manis, Insya Allah. Itu janji manisku.

Berpegang dengan janji Allah, tentu selamat dunia akhirat…….nikmathttp://www.blogger.com/profile/04500558236529896361noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4402104484629038180.post-1458828369461617942010-11-25T08:14:00.012+08:002010-12-22T12:54:17.851+08:00Pilih-pilih atau semua?Hari ini merupakan hari yang ke empat dalam misi perjalanan membawa keluarga bercuti. Betullah seperti yang diperkatakan, bercuti bersama mempereratkan lagi hubungan kasih sayang dalam keluarga. Apa tidaknya, pada masa inilah masa yang berkualiti dapat diluangkan bersama, tidur sama-sama, makan sama-sama, berada dalam kereta bersama-sama sambil sembang-sembang yang selama ini masing-masing sibuk dengan aktiviti masing-masing walaupun berada sebumbung. Yang seorang sibuk melayan internet, yang seorang sibuk melayan telefonnya, yang seorang sibuk melayan novelnya, yang seorang sibuk melayan sibuknya dan macam-macam perkara yang dilayan.

Teringat aku semasa perjalanan dari Melaka ke Port Dickson dan Nilai, kami berbincang pasal kereta dan macam-macam isu. Yang si anak lelaki memang dok puja sangat kereta sport kegemarannya, Nissan GTR, semua gambar-gambar digunting dan disimpan dalam buku skrapnya, begitu minat sekali pada kereta itu. Yang si kakak pula dok minat kereta Peugeot Coupe Cabriolet yang boleh buka bumbung, katanya cantik dan ‘cute’.

“Mama minat kereta wak segan Beetle (Volkswagon Beetle), semua warna cantik-cantik, sesuai untuk wanita”, kata si mama pula.

“Papa nanti pencen ni nak pakai mat sedih kompressor (Mercedes Compressor)”, celah si bapa pula dengan nada dan memek muka buat-buat sedih, sambil diiringi deraian ketawa anak-anak.

“Adik kereta apa-apa pun tak apa, motor pun tak apa”, balas anak perempuan yang kedua sambil tersenyum, yang sememangnya bukan peduli bab-bab kereta ni, janji ada novel untuk dibaca.

“Papa ni dahsyat juga, boleh kenal semua kereta la.., macam mana Papa boleh kenal ya, kereta melintas sahaja Papa sebut nama kereta dengan betul”, tanya si anak lelaki.

“Sebabnya satu sahaja, kereta yang dibeli mesti beli sebuah penuh, bukan boleh pilih separuh-separuh, pilih yang kita suka sahaja tetapi tak ambil yang kita tak suka. Contohnya kita tak mahu ambil bonet belakang sebab tak berkenan, jadi cantik tak kereta yang tak ada bonet belakang, jadi huru-hara dan tak kenal kereta apa lah”, balas ku.

“Sama lah kalau Amat nak kahwin esok, Amat suka kat perempuan itu tetapi tak berkenan kat hidungnya, boleh tak Amat suruh orang potong hidung dia. Kena terima semuanya lah”, sambung ku lagi memberi satu analogi supaya anak-anakku lebih faham.

“Cerita bab kahwin dan hidung, Mama pun ada saudara Mama, dulu dia kahwin senyap-senyap dengan seseorang sebab keluarga saudara Mama tak setuju. Keluarga Mama yang itu memang sombong, mementingkan keturunan dan rupa paras, sebab itu mereka menentang perkahwinan itu. Mereka pilih-pilih, mereka kata orang Melayu hidung tak mancung dan mereka pula keturunan mulia, keturunan Syed-syed dan Syarifah-syarifah, keturunan nabi dan ilmu agama tinggi. Akan memalukan keluarga di mata kelompok masyarakat mereka”, sampuk si Mama.

“Lepas itu, apa jadi Mama”, nampak macam menarik cerita itu sehingga anak-anak bertanya, ingin diteruskan cerita.

“Mereka dipisahkan secara paksa, saudara Mama yang perempuan itu dihantar balik ke Madinah, tinggal bersama emak saudaranya. Sampai sekarang pun masih berada di sana dan kadang-kadang datang ke Kota Bharu untuk bercuti, sudah uzur dah dan tak pernah kahwin-kahwin selepas itu”.

“Kesian ya Mama, macam cerita filem P Ramlee je”.

“Kita panggil Cinta Madinah lah kot, Mama ya”.

Masing-masing memberi respon.

Apa pun pendapat mereka, dalam hati kecilku berkata, malang sungguh ada manusia yang dikatakan Islamnya sempurna tetapi sanggup melakukan sesuatu yang kejam semata-mata berfikir tentang apa masyarakat kata. Mengambil Islam dengan pilih-pilih yang mereka mahu sahaja, bukan semua. Sebab itu kehidupan menjadi huru-hara. Islam itu Salam, Sejahtera, Damai, Bahagia jika Al Quran yang sudah pasti segala yang di dalamnya benar, diambil semuanya tanpa ragu untuk dijadikan panduan. Manusia tidak boleh dengan angkuh mengakui pendapat dirinya atau pendapat masyarakat boleh menentukan Salam, Sejahtera, Damai atau Bahagianya kehidupan, kerana manusia tetap manusia, ada kepentingan sendiri, tersirat dalam tersurat.

Teringat aku pada satu firman Allah, mafhumnya begini:

“Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu dalam Islam sepenuhnya”.

Ada pula satu blog sahabat yang baru ku baca, bertanya-tanya tentang persoalan;

engkau dan aku islam?

dimana iman kita YG SEBENARNYA?

Mungkin jawapan yang aku boleh berikan ialah:

Ingatlah firmah Allah tadi, jangan pilih-pilih.

Aku?..... tiada pilihan........nikmathttp://www.blogger.com/profile/04500558236529896361noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4402104484629038180.post-72978706260605063792010-11-23T06:56:00.005+08:002010-11-29T13:24:43.686+08:00Takkan ku Biarkan......Satu malam dalam perjalanan balik ke rumah dari Langkawi setelah bercuti bersama keluarga, sepanjang masa memandu di Lebuhraya aku memasang radio stesen Klasik Nasional untuk menghilangkan kesyunyian. Tersentuh aku mendengar satu lagu ini yang dimainkan oleh juruhebah, lagu yang sama tetapi dimainkan dalam berbagai versi dan dinyanyikan oleh beberapa penyanyi mengikut zaman masing-masing seperti Allahyarham Abdullah Chik, Emilia Contessa dan beberapa penyanyi lain yang tidak ku ingat nama mereka. Semuanya sedap-sedap, penuh makna, meruntun jiwa dan menyentuh kalbu. Begitu popular sekali lagu itu dan mungkin menggambarkan keadaan adanya jiwa yang boleh diibaratkan terkurung dalam sangkar di dalam kehidupan sebenar. Lebih kurang begini liriknya:

Wahai kau burung dalam sangkar,

Sungguh nasib mu malang benar,

Tak seorang pun ambil tahu,

Duka dan lara dihatimu

Wahai kau burung dalam sangkar,

Dapatkah kau menahan siksa,

Dari kekejaman dunia,

Yang tak tahu menimbang rasa

Batin mu nangis hati patah,

Riwayat tertulis penuh dengan,

Tetesan air mata

Sungguh ini satu ujian,

Tetapi hendaklah kau bersabar,

Jujurlah kepada Tuhan

Wahai kau burung dalam sangkar

Sedih sekali mendengar lagu itu, aku pun menoleh sekeliling di dalam keretaku, memerhatikan kesemuanya sedang asyik dibuai mimpi. Hatiku berkata, wahai insan-insan yang kusayangi,

takkan ku biarkan begitu, takkan ku biarkan.....nikmathttp://www.blogger.com/profile/04500558236529896361noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4402104484629038180.post-36591496537332290772010-11-22T07:06:00.001+08:002010-11-23T06:50:28.900+08:00Indahnya HukumanKata hukama, lahir sahaja anak Adam maka dijatuhkan hukuman oleh Allah, iaitu hukuman mati yang pastinya apabila ianya berlaku, semestinya diiringi oleh sendu dan sendan serta deraian air mata. Cuma yang indahnya hukuman Allah itu, tiada siapa yang tahu waktunya dan dengan itu masing-masing menyediakan bekal untuk hari selepas kematian. Akan tetapi selalunya anak Adam kerap kali menyalah-ertikan bahawa hamba yang tua akan mendahului yang muda dijemput Tuhan, malang sekali, walaupun mati itu tidak mengenal usia.

Ku yang sentiasa menginsafi....nikmathttp://www.blogger.com/profile/04500558236529896361noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4402104484629038180.post-25409711246728343172010-11-17T08:10:00.013+08:002010-11-18T21:05:49.866+08:00Bicara Di Hari RayaSatu ketika seorang hamba Allah sedang bersedih dan pilu tentang satu perkara yang dia anggap menimpa dirinya. Walaupun itu sekadar andaian namun ada menunjukkan tanda. Kata ku padanya, andaian kita terhadap orang lain atau andaian orang lain terhadap kita itu tidak penting tetapi yang pastinya andaian kita terhadap orang lain itu mestinya dimulakan dengan andaian yang baik kerana Allah menghendaki begitu.

Rasa malu juga diri ini hendak mengeluarkan kata, kerana dek banyak kelemahan diri dan ceteknya ilmu. Apa pun aggaplah ini sebagai ujian Allah, ianya datang dalam pelbagai bentuk. Sebab kepada ujian itu adalah tidak lain melainkan kerana limpahan kasih dan sayangnya Allah kepada kita maka Allah menurunkan ujian itu. Watak-watak yang selain daripada kita dalam ujian itu tidak penting dan dengan apa jua alasan pun tidak boleh disalahkan kerana memang Allah menjadikan watak-watak tersebut sebagai penyebab walaupun kita yang menjadi akibat. Namun jika rasa syukur kita kepada Allah dengan sendirinya akan menjadikan kita redha pada ujian yang kita hadapi dan menjadikan kita rasa berterima kasih kepada watak-watak tersebut kerana sebenarnya Allah ingin mengurniakan kebaikan kepada kita selepas itu.

Lupakanlah istilah-istilah rekaan manusia sama ada fitnah, hasad dengki, khianat, umpatan dan sebagainya kerana semua itu hanyalah istilah yang akan menyebabkan sengketa, dendam, sedih, putus silaturrahim dan titik hitam dalam hati manusia yang akan dipancarkan pada seri wajah kita. Terimalah dengan penuh kemaafan dan rasa kasih sayang.

Terus bermuhasabah dirilah dahulu walau dalam deraian air mata dan penuh sebak, mulailah dengan diri kita dan dengan rendah hati memohon kepada Allah, supaya dikurniakan petunjuk dan kesabaran, insya Allah hati menjadi tenang dan insaf.

Allah memberi janji,

Ingatlah padaKu nescaya Aku ingat pada mu.

Hanya dengan mengingati Ku hati kamu menjadi tenang.

Sekadar itu sahaja buat diriku sendiri dan juga hamba-hamba Allah yang ku sayangi, yang ku kasihi dan yang ku cintai yang boleh ku bicarakan di pagi hari yang penuh limpahan berkat dan hari yang menuntut kebersihan hati dan kemaafan ini. Selamat Hari Raya Aidil Adha, maaf zahir dan batin. Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.

Kerana kerdilnya jiwa ku dan lemahnya iman, seringku terisak-isak di hadapanMu…nikmathttp://www.blogger.com/profile/04500558236529896361noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4402104484629038180.post-87305627124570717802010-11-12T12:02:00.002+08:002010-11-12T22:27:35.218+08:00Satu ketika.............
Satu ketika,

Dikala itu ku menangisi diri

Walau itu cuma gurauan

Tetapi

Setelah ku tahu

Kekesalan itu rupanya nyawa menjadi ganti…

Di kala ini pula ku menangisi diri

Kini sudah ku ikrarkan di dalam hati

Itulah sahabat sejati, hingga ke mati....

Maafkan aku…
nikmathttp://www.blogger.com/profile/04500558236529896361noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4402104484629038180.post-14679636058279208212010-11-12T10:41:00.003+08:002011-03-01T10:25:34.331+08:00sekadar pandangan........Aduh, rasa malas nak kemas-kemas rumah dihari minggu begini. Rasa-rasa macam nak biarkan saja masa berlalu di depan mata lalu ku buka notebook kesayanganku ini dan jenguk-jenguk tengok blog kawan-kawan kesayanganku..

Rupa-rupanya baru ku tahu mereka ini punya idea yang kreatif, luahan rasa, duka, lara dan gembira di nukil dengan penuh indah dan puitis.

Teringatku disuatu petang anak gadisku bertanya padaku,

"Papa, apa itu cinta?" Aku hanya tersenyum kerana memang ku tahu dia tahu, dan mungkinkah dia sedang dilamun cinta. Senyumnya, tuturnya, lagaknya menunjukkan tanda, kerana sememangnya cinta menampakkan jejak.

Pengertian: (my point of view)

Cinta itu ibarat bunga

Walaupun hadir dijiwa

Ia zahir

Dapat dilihat pada keindahannya

Dapat dihidu dari kewangiannya

Dapat dirasa kemanisan kerana madunya

Manifestasi: (as shown and as seen by everybody)

Tidak akan sang kumbang bertenggek…

Pada sang bunga…

Jika tidak kerana adanya madu….

Kepercayaan: (my personal belief and principle)

Sekuntum bunga

Hanya bila saja kupetik

Akan ku nikmati keindahannya

Akan ku hidu harumannya

Akan ku kecapi kemanisannya

Sepuas-puasnya…..

Sehingga ianya mekar

Di dalam hati

Selama-lamanya…

Wassalaam
nikmathttp://www.blogger.com/profile/04500558236529896361noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4402104484629038180.post-66994064216449043992010-11-07T18:50:00.006+08:002010-11-07T22:41:53.891+08:00Anak Siapakah Itu??Assalaamualaikum,
Sekian lama saya tidak menjenguk blog saya sendiri sehinggalah diminta 'urlnya' oleh seseorang, agak keberatan juga kerana tiada apa yang istimewanya dari segi pengisiannya. Terkial-kial dan tercari-cari juga dan akhirnya dapat jumpa dan boleh "sign in".
Al-kisahnya, kelmarin 6 November, anak perempuan dok merengek nak pergi Stadium Batu Kawan, nak tengok Jom Heboh, nak jalan-jalan, PMR dah lepas katanya.
"Papa handsome lah malam ni", dan entah apa-apa pujian lagi diberi pada si ayah ni. Si ayah ni dah memang masak dah dengan anak-anaknya. Kalau malamnya penuh dengan pujian, esok tu adalah agendanya......
Memang tugas mereka di hari minggu pun begitu, tetapi pada hari itu, pagi-pagi lagi mereka punyalah bagus networking, pakat kemas rumah, bersih pinggan mangkuk, lipat kain-kain, tersusun rapi dalam almari kami sekali.
Fikir-fikir kesian juga, tak pernah bawa pun mereka ke tempat begitu selama ini.
"Papa dan Mama tak pernah bawa kami tengok Jom Heboh ke, Suarasa ke, tah apa-apa lagi", rungut anak-anak kami.
"Tempat-tempat begitu bukannya bagus, lebih-lebih lagi anak dara", balas saya, yang sememangnya rimas dengan keriuhan dan 'jamn'.
"Bukannya nak pergi tengok konsert, lagi pun kami bukannya nak pergi sendiri, dengan Papa dan Mama, di sana ada macam-macam gerai, Papa alasan sahaja, kami tahu...", balas anak-anak sememangnya tahu itulah alasan yang selalu diberikan kami.
"Ok, selepas solat Zohor kita pergi", fikir-fikir kesian juga nak menghampakan hasrat mereka.
Sesampai di sana, dalam perjalanan ke gerai-gerai, kami melintasi sebuah pentas dengan muzik yang rancak sekali dan diringi dengan gelak ketawa DJ dan para penonton bersorak-sorak. Kami saling berpandangan sesama sendiri apabila terpandang di atas pentas ada sekumpulan remaja perempuan, semua bertudung, cuma berfesyen agak-agak ketat menunggu giliran melakukan aksi pertandingan gelek. Berani sungguh mereka naik ke pentas, berseronok-seronok tanpa segan dan silu melakukan aksi 'gelek gerudi' dengan diringi hilai ketawa dan diselangi sorakan penonton.
Sampai di rumah pun masih lagi tertanya-tanya soalan di dalam hati, "Anak siapakah itu?".
Moral dari kisah tadi ialah, ................nikmathttp://www.blogger.com/profile/04500558236529896361noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-4402104484629038180.post-76487041422822960272009-04-24T05:58:00.005+08:002010-11-10T08:24:46.310+08:00Kecemerlangan Berganda

Wednesday, March 25, 2009

Mencari Kecemerlangan Maahad Muhammadi Perempuan (MMP) melalui sebuah pengalaman.

Saya rasa teruja dengan kecemerlangan berganda yang telah dihasilkan oleh pelajar Maahad Muhammadi Perempuan. Memang hebatlah. Kejayaan Nik Madihah adalah yang menarik dan terbaik kerana ia berasal dari keluarga yang susah.Atas kehebatan itu maka saya rasa ingin berkongsi pengalaman saya mengajar di Maahad selama tujuh tahun 1976-2003. Saya mula mengajar sekali lah dengan cikgu Razali( papa li) dia masuk awal tahun dan saya masuk tengah tahun.

Pada tahun itu ( atau tahun sebelum, saya lupa dah) Mahaad telah mengejutkan semua dimana 3 pelajarnya dapat 10A1,peringkat Malaysia.di mana pada masa itu boleh ambil setakat 10 jah. Kemudian selang beberapa tahun Hafilah Musa pula muncul sebagai terbaik Malaysia dengan keputusan 11A1 (kalau tak silaplah).

Saya pernah juga terfikir dan berbincang dengan rakan-rakan guru yang lain. Macam mana pelajar maahad boleh jadi begitu cemerlang. Kalau nak kata gurunya terlatih dan pengalaman, rasanya tak berapa..sebab ramai yang pada masa itu tak ada diploma pendidikan, dan rata-rata cikgu yang mengajar di situ sekajap saja. Dua tiga tahun bertukar atau masuk kementerian. Guru sekolah lain berkursus setiap masa, kita pada masa itu nak jumpa kursus setahun pun payah. Rasa-rasanya mereka lebih hebat ilmu mengajar dan pengalaman kursus daripada kami.

Cuma satu perkara yang istimewa yang ada pada guru mmp pada masa itu dan saya rasa sekarang pun macam tu ialah mereka ikhlas mengajar.Mereka bertugas dan mengajar lebih daripada yang sepatutnya. Dan tak mengarapkan lebih. Kalau ada bonus Alhamdulillah kalau tak ada pun, usaha yang lebih tidak berkurang. Perbincangan tentang gaji dan habuan di bilik guru atau kantin sangat sedikit, kadang-kadang tak bincangpun.

Kalau nak kata pentadbiran cekap dan hebat, boleh lah sikit-sikit nanti apa kata pengetua pula (merujuk pada masa itu saja). Namun kalau nak bandingkan dengan sekolah MARA atau Asrama Penuh atau sekolah Bestari, jauhlah. Ada itu ini, perasarana pula tak usah ceritalah hebatnya mereka.Manakala pengetua MMP bertukar lebih kurang dua atau tiga tahun sekali. Sampai ada yang berkata di kalangan kami marilah pengetua dan guru mana-mana pun maahad akan terus cemerlang. Sebaliknya boleh dikatakan guru menjadi cemerlang sebab duduk mengajar di MMP.

Pernah seorang guru mengajar lebih kurang, tak buat persediaan. Dia diberi mengajar dikelas terkebelakang tingkatan tiga, masuk kelas relex. Akibatnya pelajar Tanya macam-macam tak terjawab dia. Rupa-rupanya kelas tu kelas pandai, Cuma disusun secara terbalik. Esoknya guru itu bertukung lumus buat persediaan mengajar takut kena soal oleh para pelajar. Pada masa itu kawan saya yang paling rapat ialah cikgu razali dan ustaz Adli dan merekalah paling mempuanyai persedian mengajar.

Saya sendiri masih (InsyaAllah) membawa kecermelangan dari MMP sehingga ke hari ini, iaitu penerbitan Buletin Tarbiah. Satu-satunya penerbitan yang berkala seminggu sekali sejak tahun 2000. Sehingga dapat dikembangkan kepada satu lagi penerbitan iaitu Risalah Tarbiah yang terbit setiap hari Jumaat.

Satu lagi alasan yang diberi ialah pelajar yang masuk MMP adalah pelajar yang pintar. Memang lah nak masuk MMP sangat payah, terpaksa bersaing..bayangkan 1000 lebih yang memohon tapi yang nak ambik setakat 300 saja ( pada masa itu), Terak-terak

Akibat nya ada yang lebih daripada 50 satu kelas. Pelajar bijak sama lah seperti sekolah hebat yang lain malah ada sekolah yang ambil semua pelajar 5A UPSR.

Lalu adalah yang berkata di kalangan kami, budaya belajar di MMP adalah budaya belajar yang cemerlang. Tengoklah bagaimana cara Siti Fatimah belajar, petang belajar lagi. Sebenarnya itulah budaya belajar MMP, bukan hanya Sita Fatimah seorang, budaya macam ni sudah wujud lama. Pondok atau wakaf ilmu yang dibina dimanafaatkan sepenuhnya oleh pelajar.

Akhirnya ramai dikalangan kami bersetuju bahawa kecermerlangan MMP yang utama ialah KEBERKATAN BUMI MAAHAD. Kita akan rasa lain mengajar disana.Seronok dan puas hati. Begitu juga dengan pelajar seronok dan puas hati.Di situlah lahirnya ulama-ulama yang terkenal dan tempat awal orang mencari ilmu agama dalam bentuk sekolah yang tersusun. Kalau universiti ia boleh disamakan dengan UM. Kalau pelajar yang bermasalah dia tak boleh lama duduk mmp, tak selesa. Kalau pelajar kurang pandai maka dia terpaksa berusaha bersungguh-sungguh supaya pandai.

Tulisan ini adalah pengalaman saya 7 tahun yang lepas, mungkin tak sesuai situasi MMP loni. Namun itulah yang dikatakan pengalaman.

InysaAllah jika diizinkan Allah saya pun nak hantar anak ke MMP untuk mereka belajar erti kecemerlangan di dunia dan akhirat

Labels: pengalaman

posted by cikgunik @ 6:45 PM 0 Comments

Kata dan Makna ; syukur dan sabar

Bila kita sebut kebaikan maka tak adalah keburukan, baik dan buruk memang lawan. Kita ni kadang..kadang buruk, manusialah katakana…tapi tahukan anda apa yang baik tapi tak ada buruk…Jawapannya: Bersyukur ketika sihat dan sabar ketika diuji. Ada orang sihat tapi tak bersyukur itu maknanya kurang asam…(tak cukup masam kot) Ya lah nak marah sangat pun tak leh juga pasal dia ingat sihat tu di buat sendiri maklumlah makan ubat sihat..macam-macam ada sekarang ni..Encik cuba tengok kanan dan kiri berapa ramai kawan kita yang tadi sehat esok dah sakit…yang tu nak kata macam mana…

Fikir lah sendiri

Sabar adalah kata-kata yang mudah diucap sebelum kita diuji, bila sudah kena uji. Haa…itulah yang payah nak cakap. Macam tak nak cakap pula. Tak mereka akan selalu cakap ‘ sabar aku ada hadnya’ atau pun dia kata ‘ kau cakap senang lah’. Ok lah untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan sabar itu adalah indah…sebab senang sebut tapi payah nak buat.dan nilainya berganda-ganda. Cuba tengok ni kalau tak percaya….

"Fashabrun jamil, wallaahul musta'an."Maka sabar itu indah dan Allah-lah yang Maha Menolong. (QS Yusuf [12]: 18)

Labels: Bahasa Bermakna

posted by cikgunik @ 11:10 PM 0 Comments

Thursday, October 09, 2003

Ukhti..., renungkanlah!

Saudariku muslimah, salah seorang darimu pernah berkisah, renunglah mudah-mudahan kita boleh mengambil faedah.

"Mulanya hanyalah perkenalan dan percakapan biasa melalui telefon. Semakin lama berkembanglah pembicaraan sampai pada kisah cinta dan selok-beloknya. Dia pun kemudian mengungkapkan cintanya dan berjanji akan meminang saya. Dia meminta agar boleh melihat wajah saya, terus saya menolaknya. Dia mengancam akan memutuskan hubungan. Akupun menyerah. Kukirimkan fotoku serta surat-surat yang begitu manis penuh rayu. Surat menyurat pun berlangsung selalu. Sampai akhirnya dia meminta untuk berjumpa dan jalan berdua dengannya. Aku menolak dengan keras. Tapi dia mengancam akan menyebarluaskan foto-foto saya serta surat-surat saya dan suara saya yang dirakamnya ketika kami bercakap-cakap melalui telefon. Akhirnya aku pun keluar pergi bersamanya dengan tekad agar pulang segera secepatnya. Ya, akupun pulang akan tetapi dengan membawa aib dan kehinaan. Ku katakan padanya: Nikahilah aku! Sungguh ini adalah aib bagiku. Maka dia menjawab dengan segenap penghinaan, ejekan dan mentertawakan: "Sesungguhnya aku tidak akan menikahi wanita penzina.

Saudariku yang mulia, jika engkau memang memiliki akal untuk berfikir maka dengarkanlah nasihat berikut ini:

Janganlah engkau percaya bahwa pernikahan akan mungkin terlaksana hanya karena perkenalan dan percakapan kosong melalui telefon. Kalaupun memang ini terjadi maka akan mengalami kegagalan, kegawatann dan penyesalan.

Janganlah engkau percayai seorang pemuda ketika dia mulai menampakkan kejujuran dan keikhlasannya dan menyatakan sangat menghargai dan menjunjung tinggi kehormatanmu tapi dia mengkhianati keluargamu dengan menelefonmu dan mengajakmu jalan bersama. Jangan kamu percayai dia ketika dia mulai menyatakan cinta dan berlemah lembut dalam pembicaraannya. Sungguh dia melakukan semua itu dengan tujuan-tujuan busuknya yang nampak jelas bagi orang yang berakal. Akankah dia benar-benar menjunjung tinggi kehormatanmu sementara dia mengajakmu berjumpa dan jalan bersama padahal engkau belum halal baginya?

Janganlah engkau percayai para penyeru emansipasi yang mengharuskan adanya cinta sebelum pernikahan.

Ketahuilah bahwa cinta yang hakiki adalah setelah menikah. Adapun selain itu, umumnya adalah cinta yang penuh kepalsuan. Cinta yang dibangun di atas dusta dan kebohongan, semata-mata untuk bersenang-senang memuaskan hawa nafsu yang tak lama kemudian akan nampaklah kenyataan yang sesungguhnya. Berapa banyak keluarga yang hancur berantakan padahal mereka telah berpasangan sebelum akad pernikahan dan berjanji akan setia berkasih sayang sepanjang zaman? Bahkan berapa banyak pula pasangan yang berantakan sebelum sampai pada pelamin dicemari hilangnya kehormatan yang dibanggakan?

Al-Imam Al-Bukhari meriwayatkan dalam Shahihnya bahwa Nabi SAW bersabda: "Pada suatu malam aku bermimpi didatangi dua orang. Keduanya berkata kepadaku, Pergilah! -kemudian beliau menyebutkan haditsnya sampai pada sabdanya SAW -: "Kemudian kami mendatangi bangunan seperti tanur yang di dalamnya terdengar suara gaduh memekik. Kamipun melongoknya. Ternyata di dalamnya terdapat pria dan wanita telanjang yang disambar oleh lidah api dari bawah mereka. Ketika lidah api itu mengenai mereka, merekapun memekik kepanasan dan kesakitan. Ketika Nabi SAW menanyakan hal tersebut kepada malaikat, mereka menjawab: "Adapun pria dan wanita yang ada di tanur tersebut mereka adalah laki-laki dan wanita pezina.

Maka apakah engkau ingin menjadi sebahagian dari mereka wahai saudariku muslimah?

Jauhilah bercakap-cakap tanpa keperluan di telefon karena sesungguhnya Allah merakamnya demikian juga syaithan dari jenis manusia pun merakamnya. Mereka para petualang cinta akan menggunakannya sebagai alat untuk menindas kita agar kita mau mendengar mereka dan mentaati mereka. Qiyaskan juga ke dalamnya chating yang tiada guna dan hanya membuang waktu semata.

Hati-hatilah, janganlah engkau ambil foto dirimu kecuali karena suatu hajat dan janganlah terlalu mudah engkau sebarluaskan fotomu dengan segala bentuknya karena hal tersebut merupakan senjata yang paling berbahaya yang digunakan oleh serigala manusia sebagai alat untuk mengancam dan menindas kita.

Jauhilah olehmu untuk menulis surat-surat cinta karena hal itu juga merupakan sarana yang digunakan oleh mereka.

Hindarilah majalah-majalah dan kisah-kisah cinta yang rendah, hina penuh aib dan cela. Sungguh di dalamnya terdapat racun yang membinasakan yang tersembunyi di balik indahnya halaman yang warna-warni serta kertas yang halus berkilap dan wangi.

Jauhilah menonton wayang-wayang dan filem-filem yang hina, yang hanya menonjolkan kemewahan serta gemerlapnya dunia, menyajikan kisah cinta dengan lakonan yang justru merendahkan martabat wanita. Jauhilah semua itu karena hanya akan merosak akhlak, kehormatan, serta rasa malumu.

Hati-hatilah, janganlah engkau pamerkan auratmu dan janganlah engkau terlalu sering ke luar rumah dan ke pasar-pasar tanpa ada keperluan mendesak yang menuntut untuk itu. Sungguh hal itu hanya akan menjerumuskanmu ke dalam murka Rabbmu.

Janganlah berdua-duaan dengan lelaki di dalam kereta ataupun di pejabat Janganlah sekali-kali engkau membela diri dengan beralasan bahwa ini darurat. Bertakwalah, karena barang siapa yang bertakwa kepada Allah, akan dijadikan baginya jalan keluar dari segala permasalahannya.

Hati-hatilah engkau wahai saudariku dari teman yang jelek. Cari dan bergaullah dengan temanmu yang solehah yang akan membimbingmu kepada keridhaan Rabbmu dan senantiasa mengingatkamu agar tidak terjatuh pada perkara yang akan mendatangkan murka Rabbmu.

Saudariku yang mulia,

Hati-hatilah dari segala kemaksiatan dan dosa karena hal tersebut merupakan sebab hilangnya nikmat, mendatangkan musibah, dan merupakan sebab datangnya kesengsaraan serta adzab yang membinasakan.

Persiapkanlah dirimu untuk menghadapi malaikat maut dengan banyak bertaubat dan beramal soleh, sungguh engkau tidak tahu bila giliranmu akan tiba.

Saudariku,

Setelah engkau baca nasihat di atas maka ketahuilah bahwa pintu taubat senantiasa terbuka bagi siapa saja yang benar-benar ingin bertaubat. Allah berfirman: "Katakanlah: Wahai hamba-hamba-Ku yang telah melampaui batas akan dirinya (berbuat dosa), janganlah kalian berputus asa dari rahmat Allah, sesunggunya Allah mengampuni dosa seluruhnya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Az-Zumar : 53)

Maka apabila engkau wahai saudariku telah tenggelam dalam suatu kemaksiatan dan dosa, segeralah bertaubat dengan taubatan nasuha sebelum pintu taubat tertutup dan sebelum tubuhmu ditimbun di dalam tanah. Dan pada saat itu tidaklah lagi berguna penyesalan.

Semoga Allah membangunkan kita dari kelalaian yang ada dan semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita, menerima taubat kita, melindungi kita dari adzab qubur dan adzab neraka, serta memasukkan kita ke dalam surga Firdaus Al-A’la.

Shalawat serta salam senantisa tercurah kepada Nabi kita.

From: "sarikei sarawak"

posted by cikgunik @ 7:21 AM 1 Comments

Urgensi Tazkiyatun Nafs

Al-Ustadz 'Abdul Hasib Hasan, LC

'Sungguh, Allah telah memberi kurnia kepada orang-orang yang beriman ketika Allah mengutus di antara mereka seorang Rasul dari golongan mereka sendiri yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah dan mentazkiyah (mensucikan)mereka dan mengajarkan kepada mereka Al-Kitab dan Hikmah. (QS.3:34)

Kita sering menyibukkan diri kita dengan kebersihan badan saja. Padahal Kebersihan jiwa jauh lebih penting dari pensucian badaniyah. Diantara pentingnya Tazkiyatun nafs atau pensucian hati adalah :

Pertama: prilaku dan perbuatan manusia sangat tergantung pada kondisi hati yang ada di dalam dirinya. Apabila hatinya bersih dan baik, prilakunya baik dan sebaliknya apabila hatinya kotor dan buruk prilakunya juga akan buruk. Rasulullah bersabda "Ketahuilah sesungguhnya di dalam tubuh manusia ada suatu organ (mudqoh), apabila ia baik, baiklah seluruh tubuhnya, apabila ia rusak, maka akan rusaklah seluruh tubuh it. Dan organ itu adalah hati."

Jadi perbaikan diri dan perilaku kita harus dimulai dari dalam diri kita sendiri, dari hati kita. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah suatu nasib suatu kaum sehngga mereka apa yang ada dalam diri. Dan organ itu adalah hati.(QS.13:11)

Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan berkatalah dengan kata yang benar, niscaya Allah akan memperbaiki perbuatan-perbuatanmu dan mengampuni dosa-dosamu.(QS.33:70)

Perhatikanlah ayat tersebut diatas, dimulai dengan iman, kedua dengan perintah bertakwa baru kemudian perintah yang ketiga berkata benar, keempat perbuatan-perbuatan akan membaik dan kelima dosa-dosa akan diampuni Allah. Iman dan takwa yang tempatnya di dalam hati merupakan faktor utama yang menentukan perilaku manusia sehingga mendorongnya untuk berkata benar dan melakukan perbuatan-perbuatan yang baik. Manakala semua ini dilakukan, Allah akan mentazkiah orang tersebut dengan mengampuni dosa-dosanya .

Kedua : dari penjelasan diatas dapat kita fahami betapa pentingnya tazkiyatun nafs tersebut. Kebersihan hati lebih penting dan lebih utama dari pada kebersihan fisik. Hati yang bersih akan melahirkan tubuh dan prilaku yang bersih dan sehat, tidak sebaliknya. Dan tidak selalu benar ungkapan yang mengatakan "Di dalam tubuh yang sehat terdapat jiwa yang sehat." Yang benar adalah "Hati yang bersih dan sihat akan menampilkan perilaku dan akhlak yang bersih terpuji."

Allah SWTberfirman "Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaubat (mensucikan hatinya) dan mencintai orang-orang yang membersihkan dirinya (fisikalnya)." Ayat ini mendahulukan hati dengan bertaubat seimbang kebersihan badan dari najis atau hadas. Ini sekaligus bererti kebersihan hati lebih penting bila dibandingkan kebersihan badan.

Ketiga : dengan hati yang bersih, hidup manusia akan tenang, damai dan bahagia . sungguh beruntung orang yang membersihkan dirinya. Dan sungguh merugi orang yang mengotori dirinya. Kebahagian dan ketentraman ini bukan saja terletak pada kehidupan duniawi yang fana, tetapi hati yang bersih juga jaminan kebahagian ukhrowi yang kekal dan abadi. Pada hari kiamat nanti, anak-anak dan harta tidak bermanfaat lagi, kecuali yang datang menhadap ke Allah dengan hati yang bersih. "Wahai jiwa yang tentram, kembalilah kepada Rabbmu dengan sukarela dan diridhoi Allah, masuklah kedalam surga-Ku."

Keempat : mengingat demikian urgentnya tazkiyatun nafs bagi kehidupan manusia, karenanya Nabi Ibrahim, kekasih Allah dan juga ikutan kita, secara khusus meminta kepada Allah agar mengutus Rasul diantara anak cucunya yang kelak akan berperang melakukan Tazkiah . "Wahai Rabb kami, utuslah untuk mereka seorang Rasul dari kalangan mereka yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat Engkau. Dan mengajarkan kepada mereka Al-Kitab dan hikmah serta mentazkiyah (mensucikan mereka)" (QS3.2:129)

Permohonan Nabi Ibrahim ini kemudian dikabulkan oleh Allah SWT dengan firman-Nya "Sesungguh, Allah telah memberi karunia kepada orang-orang yang beriman ketika Allah mengutus di antara mereka seorang Rasul dari golongan mereka ayat-ayat Allah dan mentazkiyah (mensucikan) mereka dan mengajarkan kepada mereka Al-Kitab dan hikmah." (QS.3:64)

Perhatikan antara doa Nabi Ibrahim dan jawapan Allah SWT yang mengabulkan doa tersebut. Pada doa Nabi Ibrahim disebutkan pada urutan ketiga, urutan terakhirnya setelah membacakan (yasiu) dan mengajarkan (yuallim). Sedangkan dalam jawaban Allah yang mengabulkan doa tersebut kata tazkiyah/mensucikan (yuzakki) ditempatkan pada posisi kedua setelah membacakan (yaslu), Bukan pada posisi ketiga dan ini menujukan bahwa tazkiyah demikian pentingnya sehingga harus ditarik pada posisi kedua.

Kelima ; ketika Allah SWT mengutus Rasulullah SAW, di jelaskan bahwa salah satu risalah utama beliau adalah tazkiyah ."Dialah yang mengutus kepada kamu yang buta huruf seorang Rasul (Muhammad SAW) diantara mereka yang membacakan ayat-ayat kepada mereka, mentazkiyah(mensucikan) mereka dan mengajarkan kepada mereka kitab dan hikmah." (QS. 62:2)

Dalam doa yang sering beliau panjatkan ke hadirat Allah SWT juga berisi permintaan agar Allah membersihkan hatinya. "Ya Allah, berikanlah ketakwaan ke dalam hatiku dan bersihkanlah hati ini. Engkaulah sebaik-baik yang membersihkannya, Engkaulah pemeliharanya ." (HR. Muslim)

posted by cikgunik @ 7:00 AM 0 Comments

nikmathttp://www.blogger.com/profile/04500558236529896361noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4402104484629038180.post-20253099095601289912008-05-13T12:41:00.002+08:002010-11-10T08:26:16.273+08:00Mukadimah
Orang biasa melihat peluang<o:p></o:p>

Orang gagal mensia-siakan peluang<o:p></o:p>

Orang berjaya merebut peluang<o:p></o:p>

Orang hebat mencipta peluang<o:p></o:p>

Kerana peluang ada di mana-mana!!!<o:p></o:p>
nikmathttp://www.blogger.com/profile/04500558236529896361noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4402104484629038180.post-34631246236260919212007-12-29T04:19:00.001+08:002010-11-10T08:28:07.454+08:00Satu Alkisah
Pada suatu malam (awal bulan Jun 08) lebih kurang pukul 11.00 malam, baru nak terlelap cikgu menerima panggilan telefon dari isteri (waktu itu cikgu sedang berkursus 3 hari di Alor Setar). Isteri cikgu memberitahu ada seorang kawan cikgu datang bersama isterinya meminta hutangkannya RM300 kerana esok keretanya akan kena tarik oleh bank. Dipendekkan cerita, setelah rayuan demi rayuan melalui panggilan-panggilan telefon dan sms, dijamin akan bayar cukup bulan selepas terima gaji, fikir-fikir kesian pula lalu keesokan hari duit itu dimasukkanlah.....<o:p></o:p>

Semasa mengikuti kuliah Tok Guru Menteri Besar Kelantan pernah sebut, kalau orang berhutang dengan kita maka kita dapat pahala selama mana hutang itu belum dibayar. Sebab itulah kalau duit kita sudah cukup tak payah minta balik hutang tu tetapi jangan ungkit-ungkitkan. Untungnya kita dapat pahala secara percuma dan berterusan. Tapi kalau nak minta pun tidak mengapa sebab memang hak kita. Jadi ikut sukalah.<o:p></o:p>

Maka, cikgu nasihatkan kepada anak murid cikgu kalau orang nak berhutang dengan kita kerana dia terdesak, dan kita ada duit lebih bagilah dan kalau tak boleh bagi semua yang diminta bagi sedikit. Inilah masa kita nak buat kebajikan. Dalam kuliah itu juga, Tok Guru ada kata, bila kita bagi duit maka kita kena ingat pada zahirnya orang itu yang terima duit kita tapi pada hakikatnya, Allah yang terima. Sebab itulah kita dapat pahala.

Isunya sekarang ialah, jika kita tidak mampu memiliki sesuatu benda itu janganlah kita beli. Maksud mampu ialah, kemampuan membeli pada masa itu dan mem'bela'nya selepas itu. Contoh mudah yang cikgu boleh beri ialah jika kamu ingin sangat nak membeli 'handset' yang berharga RM200 dan kebetulan kamu juga mempunyai duit simpanan RM200. Adakah kamu patut membelinya tanpa mengira kamu terpaksa mem'bela'nya setiap bulan sekurang-kurangnya RM40. Duit biasiswa pun kamu dapat RM50 sebulan, perlu sangat kah 'handset' itu dan tiadakah alternatif lain? Jika kita tidak memikirkan perkara ini, maka kita akan sentiasa dihimpit dengan hutang dan cikgu cukup 'lemas' (orang lain pun begitu) jika ada orang datang menceritakan masalahnya, kesempitannya untuk meminta berhutang tetapi jika waktu hendak bayar balik selalu mungkir janji dan jika kita nak mintanya bayar balik kadang-kadang macam kita kena merayu dan kita pula kena menceritakan masalah kita dan kita ini lebih miskin darinya baru nak dapat.

Jadinya, cikgu sedang menunggulah bayaran hutang seperti yang dijanjikan itu, nampaknya macam gaji bulan itu dah terima, hutang belum dilunaskan lagi..... Cuma cikgu lupa nak tanya maksud 'nanti cukup bulan selepas terima gaji' itu, bulan berapa tahun bila?

<o:p></o:p>
nikmathttp://www.blogger.com/profile/04500558236529896361noreply@blogger.com0